in , ,

Telefon Bimbit Samsung Galaxy A53 5G Kini Dijual di Seluruh Negara

Galaxy A53 5G Kini Tersedia di Seluruh Negara – Dapatkan Inovasi Terkini Samsung termasuk Galaxy A23 dan Galaxy A13 serba Baharu!

Jika anda tidak sabar untuk mendapatkan siri Galaxy A terbaharu – terutamanya Galaxy A53 5G – maka ini adalah hari bertuah anda kerana Galaxy A53 5G kini tersedia untuk dibeli di mana-mana Samsung Experience Stores, pengedar sah dan Samsung E-Store mulai hari ini!

Galaxy A53 5G memberi pengguna pengalaman peranti yang bercirikan mercu dengan inovasi Galaxy terbaru Samsung dalam reka bentuk yang bergaya. Peranti ini memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan mengasyikkan berkat paparan FHD+ Super AMOLED 6.5 inci yang besar dengan kadar penyegaran 120Hz, bersama-sama dengan bateri 5,000mAh yang boleh bertahan sehingga dua hari.

Telefon Bimbit Samsung Galaxy A53 5G Kini Dijual di Seluruh Negara

Sama ada anda mencipta kandungan hanya untuk mengisi masa lapang atau berkongsinya dengan rakan, peranti ini dilengkapi dengan banyak ciri hebat dan menyeronokkan daripada keluarga peranti mercu kami, siri Galaxy S. Sistem empat kamera peranti ini dilengkapi dengan kamera OIS 64MP yang mengambil imej yang sangat tajam dan jelas walaupun dalam cahaya malap. Dengan kehadiran Galaxy Experience seperti Link to Windows, Samsung Pay dan Bixby Routine, anda kini boleh menjalani hari anda dengan lebih pantas.

Sebagai tambahan kepada perkara di atas, berikut adalah sedikit kejutan – Galaxy A23 dan Galaxy A13 juga menyertai keluarga Awesome Galaxy A! Kedua-dua Galaxy A23 dan Galaxy A13 dikuasakan oleh pemproses yang dinaik taraf yang memberikan anda lebih kuasa dan kelajuan yang akan memudahkan urusan harian anda. Sama ada mengenai hiburan atau perniagaan, Galaxy A23 dan Galaxy A13 dilengkapi dengan pemproses Octa-Core sehingga 6GB RAM dan 128GB storan dalaman yang boleh ditingkatkan dengan storan sebanyak 1TB dengan kad MicroSD.

Galaxy A23 dan Galaxy A13 kini memberi anda Paparan Infinity-V 6.6-inci sejernih kristal dan tanpa gangguan yang membolehkan anda menonton lebih banyak rancangan TV kegemaran anda. Selain itu, kedua-dua peranti turut menampilkan Dolby Atmos® yang membawa pengalaman visual anda ke tahap seterusnya dengan audio yang lebih mengasyikkan dan menawan semasa anda bermain permainan maya atau menggunakan aplikasi hiburan. Dan berkat bateri 5,000mAh yang besar, anda boleh terus melakukan perkara yang anda suka untuk jangka masa yang lebih lama, tanpa kebimbangan.

Telefon Bimbit Samsung Galaxy A53 5G Kini Dijual di Seluruh Negara

Peranti Hebat, Tawaran Hebat

Jadi, yang mana satu menjadi pilihan anda? Untuk mana-mana tiga model, anda akan menerima hadiah percuma apabila anda membeli Galaxy A kegemaran anda:

ModelTarikh PromosiRRPHadiah Istimewa
Galaxy A53 5G1 April 2022 – 31 Mei 2022RM1,849• 1 x Galaxy A53 5G Protective Standing Cover, bernilai RM99
Galaxy A2325 Mac 2022 – 31 Mei 2022RM999• 1 x Galaxy A23 Card Slot Cover, bernilai RM59
Galaxy A131 April 2022 – 31 Mei 2022RM799• 1 x Galaxy A13 Card Slot Cover, bernilai RM59

Untuk maklumat lanjut tentang Siri Galaxy A, sila layari:

  • Galaxy A53 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a53-5g-awesome-blue-256gb-sm-a536elbhxme/ 
  • Galaxy A23: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a23-light-blue-128gb-sm-a235flbhxme/
  • Galaxy A13: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a13-orange-128gb-sm-a135fzojxme/ 
Telefon Bimbit Samsung Galaxy A53 5G Kini Dijual di Seluruh Negara

Spesifikasi Galaxy A23 dan Galaxy A13


Galaxy A23Galaxy A13
Paparan6.6″ FHD+ TFT (1080 x 2408)6.6″ FHD+ TFT (1080 x 2408)

Infinity-V DisplayInfinity-V Display
ChipsetSnapdragon 680Exynos 850

Octa Core 2.4GHzOcta Core 2.0GHz
Memori6GB RAM + 128GB Storan6GB RAM + 128GB Storan

(microSD sebanyak 1TB)(microSD sebanyak 1TB)
KameraUtama: 50MP F1.8 (OIS) Ultra Lebar: 5MP F2.2 Kedalaman: 2MP F2.4 Makro: 2MP F2.4Utama: 50MP F1.8 Ultra Lebar: 5MP F2.2 Kedalaman: 2MP F2.4 Makro: 2MP F2.4

Depan: 8MP (F2.2)Depan: 8MP (F2.2)
Dimensi (mm);165.4 x 76.9 x 8.4mm165.1 x 76.4 x 8.8mm
Berat (g)195g195g
Kapasiti bateri5,000mAh (25W Fast Charging)5,000mAh (15W Fast Charging)
Lain-lain3 Slot (SIM1 + SIM2 + microSD)3 Slot (SIM1 + SIM2 + microSD)
WarnaAwesome Black, Awesome White, Awesome Blue, Awesome PeachAwesome Black, Awesome Blue, Awesome Peach

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sufian Suhaimi & Inteam Bermunajat dalam DAMBA KASIH 2022

Empat Usahawan Terpilih Ke Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor