in

Tonton Telefilem KAK KEK BARU NAK UP Lakonan Catriona Ross, Mark Adam & Yusuf Bahrin

Gandingan Melucukan Catriona Ross, Mark Adam Dan Yusuf Bahrin Dalam Telefilem Baharu KAK KEK BARU NAK UP!

Foto Kredit: SalamToday.com

Watak ‘Kak Kek’ yang dibawakan oleh pelakon jelita Catriona Ross kini kembali dengan naskhah eksklusif ‘Kak Kek Baru Nak Up’. Telefilem terbaharu arahan Irwan Abdul Rauf itu bakal bersiaran pada Ahad, 27 Disember 2020, di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124), jam 10 malam. Program berdurasi 120 minit ini juga boleh distrim secara percuma bagi pelanggan Astro di aplikasi Astro GO untuk pilihan lebih fleksibel.

Telefilem ini turut dibintangi Mark Adam, yang menggalas watak Danny, kembar kepada Kak Kek. Dia seorang chef yang juga diberhentikan kerja dek pandemik COVID-19. Danny seorang yang mahir dalam masakan, kelakar dan sering mencari gaduh dengan kembarnya, Kak Kek. Dia juga mempunyai seorang kawan baik iaitu Imran, watak yang dibawakan oleh Yusuf Bahrin.

Telefilem KAK KEK BARU NAK UP

Imran merupakan seorang juruterbang muda yang juga diberhentikan kerja akibat pandemik COVID-19, yang mengambil keputusan untuk menjadi seorang penghantar makanan. Imran juga seseorang yang menyimpan minat pada Kak Kek.

Terdahulu, watak Kak Kek muncul di saluran NAURA (109) melalui siri travelog ‘Kak Kek Ke Kelate’ yang dihoskan oleh Catriona Ross sebagai alter egonya ‘Kak Kek’. Siri ini telahpun bersiaran setiap Selasa, jam 9.30 malam, dan menerima sambutan yang baik dari peminat dengan lebih 142 ribu tontonan.

Telefilem KAK KEK BARU NAK UP

SINOPSIS KAK KEK BARU NAK UP

‘Kak Kek Baru Nak Up’ menceritakan tentang Kathy (Catriona Ross), seorang wanita 30-an berpewatakan moden kacukan Inggeris, Kelantan dan Sabah, yang terpaksa pulang ke rumah pusaka keluarganya kerana telahpun diberhentikan kerja. Demi kelangsungan hidup, dan setelah mendapat inspirasi daripada adiknya, Danny (Mark Adam), Kathy mengambil keputusan untuk menjadi ‘food reviewer’.

Untuk membina identiti yang unik, Kathy bertukar watak menjadi ‘Kak Kek’ dan membuat ‘review’ menggunakan loghat Kelantan. Videonya telah menjadi tular disebabkan telatahnya serta tudung senget ‘ikonik’ yang menjadi tumpuan ramai. Namun, dia harus berdepan dengan Sofea (Ellyza Azizi), seorang ‘influencer’ yang dengki dengan kejayaannya.

Telefilem KAK KEK BARU NAK UP

BARISAN PELAKON

▪ Catriona Ross sebagai Kak Kek 

▪ Mark Adam sebagai Danny 

▪ Yusuf Bahrin sebagai Imran 

▪ Ellyza Azizi sebagai Sofea

Telefilem KAK KEK BARU NAK UP

INFO SIARAN

Saksikan ‘Kak Kek Baru Nak Up’ pada Ahad, 27 Disember 2020, di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124), jam 10 malam. Strim secara percuma bagi pelanggan Astro di aplikasi Astro GO.

Telefilem KAK KEK BARU NAK UP
Telefilem KAK KEK BARU NAK UP

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Filem EJEN ALI MISI : JUANG Raih 1 Juta Tontonan & Trending #1 di Youtube dalam Masa 24 Jam

Akhirnya Neelofa Beri Penjelasan, Nafi Dah Nikah & Nafi Terkena Minyak Pengasih