in , , ,

LoveLove

Filem EJEN ALI MISI : JUANG Raih 1 Juta Tontonan & Trending #1 di Youtube dalam Masa 24 Jam

Tahniah buat filem pendek EJEN ALI ‘MISI : JUANG’ sebab tak sampai 24 jam, video dah trending nombor satu di Youtube Malaysia.

Kurang dari masa 24 jam selepas tayangan dan dilancarkan di laman YouTube rasmi, filem pendek terbaru dan pertama Ejen Ali yang berjudul  MISI: JUANG telah meraih lebih 1 juta jumlah tontonan dan mencapai trending nombor 1 di laman Youtube. Tahniah ya!

Filem pendek hasil gabungan Primeworks Studios dan WAU Animation yang berdurasi tiga minit lebih ini telah dilancarkan pada 25 Disember 2020, tepat jam 9.45 malam menerusi saluran YouTube Rasmi EJEN ALI. Ramai yang komen dan bercakap pasal filem ni. Menurut netizen kebanyakan berpendapat filem ini sangat menyeronokkan untuk ditonton. Sesuai untuk semua golongan masyarakat sebab filem pendek ini mendidik supaya kita semua menjaga diri tatkala pandemik Covid-19.

Filem EJEN ALI MISI : JUANG Raih Tontonan 1 Juta Tontonan & Trending #1 di Youtube

Masih mengekalkan lagu runut bunyi Kita Jaga Kita nyanyian Altimet, Malik Abdullah dan Cuurley yang diberikan nafas baru, filem pendek MISI: JUANG merupakan penghormatan khas kepada barisan hadapan dan penghargaan atas usaha berani mereka memerangi pandemik COVID-19.

Filem EJEN ALI MISI : JUANG Raih Tontonan 1 Juta Tontonan & Trending #1 di Youtube

MISI: JUANG menampilkan usaha Ejen MATA dan rakyat yang bergabung bersama-sama petugas barisan hadapan di medan perang untuk melawan angkatan tentera COVID-19 yang mengancam nyawa.

Filem MISI JUANG EJEN ALI Penghormatan Buat Petugas Barisan Hadapan

Mengetengahkan rendisi baru lagu tema Kita Jaga Kita, filem pendek ini menjadi lebih menarik dengan penampilan khas seorang figura istimewa yang membawa watak kameo untuk bergabung tenaga dengan Ejen MATA di medan pertempuran. 

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ada Sebab Adik Beradik Neelofa Unfollow PU Riz, Netizen Terus Mencari Kepastian

Tonton Telefilem KAK KEK BARU NAK UP Lakonan Catriona Ross, Mark Adam & Yusuf Bahrin