in ,

TEH TARIK CHE TA MUSIM 3 Undang Lebih Ramai Selebriti Terkenal

Ia bukan teh tarik biasa, tapi minuman yang pekat dan ‘kaw’ juga diseimbangkan dengan rasa susu serta ditarik bagi mengeluarkan buih yang berkrim ini dihasilkan sendiri oleh selebriti popular Che Ta untuk dihidangkan kepada artis undangan.

Tarikan ini diteruskan dalam program “Teh Tarik Che Ta musim ketiga” yang mula menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 15 Oktober ini, pukul 12.30 tengah hari di TV1. Untuk musim terbaharu ini, episod telah dipanjangkan daripada 13 episod ke 26 episod yang pastinya mengundangkan ramai lagi selebriti tanah air berkongsi warna warni suka duka penglibatan dan pengalaman mereka sepanjang bergelar artis.

Untitled

TEH TARIK CHE TA MUSIM 3 Undang Lebih Ramai Selebriti Terkenal di TV1

Tiga segmen dirangkumkan dalam setengah jam siarannya ini berkongsi ‘mengupas’ kisah zaman kegemilangan, perkembangan terbaharu dan seterusnya penonton berpeluang menyaksikan secara santai artis undangan pilihan mempersembahkan lagu yang pernah mempopularkan mereka dalam industri muzik tanah air diiringi pemuzik jemputan.

Memilih lokasi Hotel Maya Kuala Lumpur, antara artis terkenal yang ditemubual Che Ta iaitu Fauziah Latif, Ameng Spring, Liza Hanim, Amir Ukays, ND Lala, Nizam Laksamana, Maya Matahari, Zamani Slam, Shidee, dan Kumpulan Sweetchild.

Sembang santai Che Ta musim terbaharu yang mengekalkan pengarah Yusmal Ghazali terbitan Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd ini bermula dengan tetamu undangan istimewa artis yang merupakan idola Che Ta dalam industri iaitu Fauziah Latiff. Ia mengimbau memori ketika masa awal penglibatannya sebagai artis, keadaan terkini dan juga perancangan pada masa hadapan beliau.

Che Ta menjamu Fauziah Latiff dan beberapa orang penonton undangan dengan teh tarik yang dibancuh dan ditarik sendiri oleh Che Ta semasa mereka bersembang. Pelbagai kisah berkaitan dengan konsert, album serta pengalaman lain dikongsi oleh Fauziah tentang penglibatannya sebagai penyanyi. Beliau mengakhiri rancangan dengan menyanyikan lagu ‘Dia’ sebagai hiburan kepada semua.

Seterusnya Che Ta mengundang Ameng Spring sebagai tetamu program ini. Temu bual secara santai dilakukan dengan menghirup teh tarik Che Ta sambil mengimbau sejarah awal penglibatan Ameng dalam dunia nyanyian. Beliau juga menyentuh kisah hitam dalam hidupnya yang dipenjarakan selama 8 tahun dengan 10 kali sebatan kerana terlibat dengan dadah. Antara kisah lain yang dikongsi bersama ialah berkaitan dengan album, keluarga serta perkembangan terkini Ameng dalam industri. Lagu ‘Sejujur Mana Kata-Kata’ yang didendangkan secara langsung oleh Ameng menutup episod tersebut.

Penonton yang merindui kelibat artis seterusnya ini Liza Hanim usah ketinggalan menyaksikan episod tiga program ini. Che Ta dan Liza Hanim meluangkan masa berbual santai tentang kisah hidup dan perjalanan karier beliau dalam episod kali ini. Ia mengimbau memori ketika masa awal penglibatannya sebagai penyanyi, keadaan terkini dan juga perancangan pada masa hadapan beliau.

Menariknya seperti biasa Che Ta menjamu Liza dengan teh tarik yang dibancuh dan ditarik sendiri semasa mereka bersembang. Pelbagai kisah berkaitan dengan anugerah, album, kisah percintaan dengan Shah Indigo sebelum mereka berkahwin serta pengalaman lain dikongsi oleh Liza tentang penglibatannya sebagai penyanyi. Liza mengakhiri rancangan dengan menyanyikan 2 lagu bertajuk ‘Gelisah Mimpi’ dan ‘I Will Always Love You’ sebagai hiburan.

Kemunculan artis serba boleh sebagai penyanyi, pengacara, pelakon dan pelawak iaitu ND Lala pastinya turut mengubat kerinduan peminat beliau. Temu bual secara santai dilakukan sambil menghirup teh tarik Che Ta sambil mengimbau sejarah awal penglibatan ND Lala yang bermula dalam bidang lakonan. Beliau juga berkongsi tips untuk kekal dalam industri seni yang telah beliau ceburi selama 35 tahun. Antara kisah lain yang dikongsi bersama ialah berkaitan dengan penghasilan album terbaru serta perkembangan terkini beliau dalam industri. Lagu ‘Dangdut Kaya’ yang didendangkan secara langsung oleh ND Lala menutup rancangan episod kali ini.

Ikuti banyak lagi perkongsian menarik bersama artis undangan pilihan sepanjang program ini.

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Photos Angela Zhang’s Promo Tour at Berjaya Times Square

Ara Guna Akim & Hazama Untuk Single Terbaru BUNGA