in

Teater Kanak-Kanak Aladdin Faizal Ismail & Erma Fatima di IB

Sinopsis Teater Kanak-Kanak Aladdin
Aladdin adalah sebuah cerita yang popular di Timur dan barat mengenai perjalanan hidup seorang anak jalanan. paparan utamanya mengenai kisah cinta dan fantasi Aladdin dengan seorang Puteri yang cantik jelita. kembara Aladdin telah menemukannya dengan Jin yang memiliki ilmu sihir. Teater ini memberikan jawapan terhadap kisah cinta Aladdin dan Sang Puteri Jelita.

Para Pelakon:
Mohamad Faizal Ismail (FBI) sebagai Jin
Erma Fatima sebagai Ahli Sihir
Mohammad Ammal Shafiq Osman sebagai Aladdin
Nur farina Nadia sebagai Puteri Jasmin
Saiful Azlan Saiful Annuar sebagai Belang
Nick Amirul Harith Nick Hamasholdin sebagai Si Tikat Terbang
Syamsul Izzat Haziq Rahizadsebagai Abu
Mikhail Merican Mohd Halim sebagai Raja

Tenaga Produksi:
Aminah Rhapor – Penulis Skrip
Norzizi Zulkafli – Pengarah
Mohd Shahrul Mizad Ashari – Penolong Pengarah
Datuk Suhaimi Zain – Pengarah Muzik
Irwan Ismadi Shahrim – Pengarah Artistik
A.Aris A. Kadir – Pengarah Tari

Ulasan Teater Kanak-Kanak Aladdin
Dari tenaga produksi Siti Di Alam Fantasi, maka lahirlah satu lagi epik pengembaraan yang mengagumkan, Aladdin. Satu teater yang cukup memberikan satu kelainan dan membuatkan anda terpesona dengan hasil dari produksi ini.

Teater muzikal kanak-kanak hasil produksi Istana Budaya mengetengahkan hampir 60 orang kanak-kanak berusia seawal enam tahun hinggalah kepada dua belas tahun. Bagi menambahkan germerlapan teater ini, pengarah telah mengundang Faizal Ismail dan juga Erma Fatima akan menyerikan lagi persembahan.

Aladdin menjanjikan satu kelainan berbeza dengan persembahan tahun lepas. Dari sudut jalan cerita, gerak tari, nyanyian hasil nukilan Pak Ngah, yang cukup mengasyikkan dan pasti tidak dapat dilupakan. Anda perlu menyaksikan, untuk merasai pengalamannya. Ini peluang untuk bersantai bersama keluarga.

Aladdin akan memukau di Istana Budaya pada 11 hingga 18 Disember 2007. Tiket-tiket berharga RM20, RM30 dan RM 50 boleh didapati sekarang di kaunter tiket Istana Budaya. Bagi kanak-kanak berumur bawah 12 tahun, diskaun sebanyak 50 peratus dari harga tiket diberikan.

Alamilah Dunia Fantasi Yang Pasti Memukau, Aladdin.

Apa Yang Menariknya Teater Ini?

  1. Selain menjadi arahan pertama Norzizi Zulkifli, teater ini dinantikan akan menguji sejauh mana bakat Faisal Ismail, pengacara Muzik-Muzik yang pertama kali berlakon teater.
  2. Ada babak permaidani terbang yang akan ditonjolkan dalam pementasan teater kanak-kanak ini kerana ia antara keunikan dan keistimewaan Aladdin. Untuk merealisasikan babak itu Istana Budaya melantik tenaga pakar holografik dan animasi bagi menghasilkan babak Aladdin terbang di atas permaidani magisnya itu. Sudah tentu semua elemen magis itu ditampilkan kerana ia antara keistimewaan Aladdin. Pihak Istana Budaya katanya akan menyewa kelengkapan khas dari sebuah produksi yang menyediakan kemudahan ini selain turut menggunakan tenaga pakar.
  3. Cerita ini sarat dengan unsur magis dan untuk mempersembahkannya di pentas bukanlah satu kerja yang mudah.
  4. Setiap helah magis dilakukan menggunakan mesin. Apabila mengaitkannya dengan sistem auto, apa-apa saja boleh berlaku.

Aladdin boleh terbang macam Peter Pan tak?

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Asian Idol Program Terhebat Asia Jaclyn Victor Wakil Malaysia?

Que Haidar Pelakon Malaikat Maut Raja Bling-Bling Malaysia?