in , ,

Tayangan VENOM: LET THERE BE CARNAGE Diawalkan, Peminat Teruja Menanti 11 November!

Berita yang menyenangkan buat peminat filem, Sony Pictures Entertainment Malaysia telah mengesahkan tarikh tayangan filem terbaru Sony Marvel, Venom: Let There Be Carnage, iaitu pada 11 November ini. Sudah tentu ramai yang teruja dengan tarikh baru ini dan tak sabar nak menonton kan?

Sony Pictures Entertainment Malaysia telah mengesahkan tarikh tayangan filem terbaru Sony Marvel, Venom: Let There Be Carnage, iaitu pada 11 November ini.

Ini bermakna tarikh tayangan ini diawalkan lebih sebulan dari tarikh tayangan global dan dua minggu lebih awal dari tarikh tayangan asal di Malaysia. Wah! Dah tentu ini satu berita gumbira buat peminat filem Venom!

Venom: Let There Be Carnage

Trailer VENOM: LET THERE BE CARNAGE

Trailer terbaharu sudah pun disiarkan di saluran Sony Pictures Entertainment. Jom nonton layan dulu trailer kedua ini!

Sinopsis VENOM: LET THERE BE CARNAGE

Lebih dari setahun selepas peristiwa Venom (2018), wartawan penyiasat Eddie Brock berjuang untuk menyesuaikan diri dengan kehidupannya sebagai hos kepada simbiote asing,

Venom, yang memberikannya kemampuan manusia super yang sangat merbahaya. Brock cuba menghidupkan kembali kariernya dengan menemubual pembunuh bersiri Cletus Kasady, yang menjadi hos Symbiote Carnage dan melarikan diri dari penjara setelah pelaksanaan hukuman mati yang gagal. 

Tom hardy kembali ke layar lebar sebagai pelindung maut, Venom, salah satu watak Marvel yang paling hebat dan paling kompleks. Diarahkan oleh Andy Serkis, filem ini turut dibintangi Michelle Williams, Naomie Harris dan Woody Harrelson, yang akan memainkan watak penjahat utama Cletus Kasady aka Carnage.

Lakon layar ditulis oleh Kelly Marcel, berdasarkan cerita oleh Tom Hardy dan Marcel. Hardy turut memjadi penerbit bersama Avi Arad, Matt Tolmach, Amy Pascal dan Hutch Parker. 

Filem VENOM: LET THERE BE CARNAGE akan menggegarkan pawagam mulai 11 November ini.

Venom: Let There Be Carnage
Venom: Let There Be Carnage
Venom: Let There Be Carnage

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sajat 2020 | 23

“Ujian Ini Sangat Berat,” Adik Sajat Harap Nur Sajat Diberi Peluang Kedua

Hawa Rizwana | 24

Foto Hawa Rizwana Tahan Mengantuk Semasa Baca Berita Jadi Viral