in , ,

Foto Hawa Rizwana Tahan Mengantuk Semasa Baca Berita Jadi Viral

Kerja siang malam pastinya memenatkan. Itu yang dialami oleh pembaca berita dan penyampai radio, Hawa Rizwana yang dililhat keletihan dan mengantuk semasa baca berita. Pesan netizen agar Hawa menjaga kesihatan dan tidur yang cukup.

Personaliti popular TV3, Hawa Rizwana, 26, berterima kasih terhadap peminat yang sentiasa prihatin dengan keadaan kesihatannya.

Ia berikutan Hawa nampak keletihan dan tiada ‘mood’ serta seperti sedang menahan mengantuk ketika tampil membaca berita dalam Buletin Utama di TV3, baru-baru ini.

Hawa berkata, secara jujurnya dia tidak perasan raut wajahnya sebegitu.

“Apapun terima kasih atas peringatan dan nasihat kawan-kawan supaya saya cukup rehat serta makan. Saya gembira bekerja untuk berkongsi meklumat dengan pendengar, penonton serta saya pun gembira belajar daripada rakan-rakan sekerja dan penonton,”

– Hawa Rizwana
Foto Hawa Rizwana Tahan Mengantuk Semasa Baca Berita Jadi Viral

Hawa yang mulanya bergelar pembaca berita TV3 ditawarkan sebagai penyampai radio Buletin FM bergandingan dengan pengacara Ally Iskandar sejak 2 Ogos lalu.

Mereka bertugas mengendalikan segmen pagi di Buletin FM dan perlu berada di pejabat tepat jam 5 pagi. Tugas sebagai penyampai radio juga menuntut Hawa bangun seawal jam 3 pagi.

Selain bertugas di Buletin FM dan Buletin Utama, dia juga akan terbabit mengacarakan Hello Doktor untuk sekali atau dua kali sebulan pada Ahad.

Hawa mengakui keluarganya turut bimbang mengenai keadaan kesihatannya, namun dia menjelaskan tetap mempunyai masa tidur dan rehat yang cukup hasil membuat susunan jadual kerja yang baik.

Terdahulu, satu akaun TikTok dikenali sebagai @_kak.rose memuat naik penampilan Hawa dalam keadaan lesu ketika tampil membaca berita dalam Buletin Utama.

Perkongsian ini menjadi tular dan mengundang simpati warganet yang turut meminta Hawa menjaga kesihatan dan memastikan mendapat rehat secukupnya kerana memerlukan tenaga yang cukup untuk bekerja.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tayangan VENOM: LET THERE BE CARNAGE Diawalkan, Peminat Teruja Menanti 11 November!

Caprice & Sharnaaz Ahmad Lepak Minum Bersama-Sama Walaupun Pernah Bersengketa