in , ,

Sekitar Majlis Pelancaran & Tayangan Media Telefilem OH MY GANU 2!

Majlis Pelancaran & Tayangan Media telefilem Oh My Ganu 2! telah berlangsung pada hari Rabu, 6 Januari 2016 lalu jam 3 petang bertempat di GSC Signature, The Gardens, Kuala Lumpur. Barisan pelakon Oh MY Ganu 2! seperti Zizan Razak, Tiz Zaqyah, Akhmal Nazri, Zhafir Muzani, Juzzthin dan ramai lagi turut bersama-sama memeriahkan lagi majlis pelancaran telefilem istimewa ini.

Untitled

Selepas kejayaan dan maklum balas positif terhadap telefilem Oh My Ganu yang ditayangkan pada bulan November 2013, Astro dengan bangganya memeriahkan kehadiran tahun baru 2016 dengan sambungan telefilem tersebut, Oh My Ganu 2 yang akan bersiaran secara eksklusif pada 16 Januari 2016, jam 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 610) dan juga dalam definisi tinggi (HD) di Astro Maya HD (Saluran 135).

Oh My Ganu 2! adalah telefilem kelima dalam siri Oh My English selepas Oh My Ganu!, Oh My English – Hello America, Oh My English: Villa Isabellaaa! dan Oh My Goat – Come Baaack!! Telefilem ini menyaksikan kemunculan semula Zizan Razak sebagai Zizang, musuh lama Mr Henry Middleton (Zain Saidin) yang turut sama ingin memikat Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah).

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Undian Penonton Tentukan Pengakhiran OH MY GANU 2

Rakaman Vlog Budiey di Pameran Hello Kitty Malaysia