in

Tawaran Istimewa Post Party Bersama Awie, Erra Fazira & Ziana Zain

Empat hari lagi, Konsert Teaterikal Suara Kita akan membuka tirai di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Budiey sudah tak sabar untuk menonton pada malam 3 Mac ini bersama pemenang. Budiey kira, ramai yang dah beli tiket untuk menyaksikan persembahan istimewa ini juga dah tak sabar untuk melihat aura dan karisma penyanyi meletop ini.

Sempena menghargai sokongan para peminat terhadap KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA, pihak pengurusan AWIE ENTERTAINMENT SDN BHD sukacita mengumumkan bahawa acara “post party” bersama Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain pada 9 Mac 2014 jam 9 malam akan dibuka kepada SEMUA pemilik tiket persembahan dengan bayaran tambahan RM150.

Untuk memenuhi tanggungjawab sosial pula, pihak pengurusan AWIE ENTERTAINMENT SDN BHD juga menawarkan potongan 15% untuk semua harga tiket persembahan kepada WARGA EMAS, PELAJAR, WARGA OKU dan pembelian berkumpulan (minima 15 orang).

Konsert Suara Kita Awie, Erra Ziana

Awie, antara penyanyi genre rock dan pop terbaik tanahair, nama beliau sudah sinonim dengan pementasan teater dan populariti di layar perak. Buat pertama kali disiarkan, di bawah ini adalah poster untuk Konsert Teaterikal SUARA KITA – AWIE – ERRA – ZIANA yang akan diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 3 hingga 9 Mac 2014.

Ziana Zain, penyanyi genre balada yang sukar ditandingi dengan nada tingginya, begitu karismatik di layar perak dan bersilih ganti perwatakan antagonis dan protagonisnya. Erra Fazira, bekas ratu cantik dan penyanyi genre pop, dirindui sebagai primadona filem Melayu sekitar dekad 1990an.

Nama nama besar ini akan bersama dalam sebuah pementasan teater muzikal bertajuk ‘KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA’ yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 3 hingga 9 Mac 2014. Pementasan ini berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian yang mengimbau episod kegemilangan filem Melayu ‘pecah panggung’ sekitar dekad 90an.

Filem filem Melayu yang dimaksudkan pernah menggegarkan sinema Malaysia dua dekad yang lalu iaitu ‘SEMBILU’, ‘SEMBILU 2’, ‘TRAGEDI OKTOBER’, ‘MARIA MARIANA 2’ dan ‘MERAH’. Filem filem tersebut dibintangi oleh Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain yang akan menjadi tunjang utama kepada pementasan ‘KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA’.

Pementasan selama 2 jam 30 minit ini akan memanifestasikan semula sedutan babak babak dari filem filem tersebut sebagai teras dan latar penceritaan. Ia juga akan diwarnai dengan persembahan nyanyian lagu lagu malar segar dari Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira. Tiket tiket untuk menonton ‘KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA’ yang akan dipentaskan selama 7 hari berturut turut ini boleh dibeli dengan melayari www.ticket2u.biz dan di kaunter tiket Istana Budaya.

awie-new

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rick Astley Will Never Give Up For Twin Towers Alive 2014

Pelakon The Amazing Spider-Man 2 Bakal Hadiri Acara Earth Hour di Singapura