in ,

Tawaran CNY tonton CINEMA, Sewa 1 Filem Korea & Percuma 1 Filem Cina

Bersempena dengan Tahun Baharu Cina atau Lunar New Year, tonton CINEMA menawarkan pakej menarik kepada pelanggan setianya iaitu sewa satu filem Korea, percuma satu filem Cina.

Untuk melayakkan pakej ini, mereka perlu melayari laman sesawang rasmi tonton CINEMA, cinema.tonton.com.my (atau menerusi aplikasi tonton di telefon Android sahaja), sewa mana-mana filem Korea yang tertera termasuk Miracle: Letters to the President, On The Line, Shark: The Beginning, Mr. Boss, Scent of Ghost dan The Closed Ward untuk menebus kod kupon. 

Lunar New Year Special

Kupon tersebut akan dihantar kepada anda menerusi emel dan boleh ditebus di laman sesawang rasmi tonton CINEMA. Seleksi filem Cina yang ditawarkan termasuklah The Superb Match-Makers, Happy Family, Lucky Bowl (Part 1), Lucky Bowl (Part 2), Spring Chorus, The Missing Menu, Rhythm of Home, Singing In The Spring: The Movie, Singing in The Spring 2019, You Are The One dan Bonus Vacation.

Kempen istimewa bersempena dengan Tahun Baharu Cina ini telah bermula dari 17 Januari 2022 pada pukul 12.01 pagi sehingga 5 Februari 2022 pada pukul 11.59 malam. Kod kupon yang diterima boleh ditebus dari 17 Januari 2022 hingga 31 Mac 2022. 

Untuk keterangan lanjut berkaitan filem tonton CINEMA, layari aplikasi menerusi telefon pintar, laman sesawang rasmi tonton CINEMA cinema.tonton.com.my, Facebook @tontonmy, Instagram (IG) @tontoncinemamy, TikTok dan Twitter @tontonCINEMA. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keserasian, Bunyi atau Lokasi? Samsung Soundbar Mana Sesuai Untuk Anda?

ZIHA SALLEH

Tidak Tergugat Dengan Artis BBNU, Ziha Salleh Tampil Dengan Lagu Bergenre Pop Tradisional