in

Tasha Manshahar & Syed Shamim Lancar Album OUR SONG

Tasha Manshahar (Nur Nadia Natasha Bte Mohd Manshahar – 22) dan Syed Shamim (Syed Shamim B Syed Abdul Kadir – 21) merupakan pasangan duo di youtube yang pertama di Malaysia. Bermula dengan hobi dan sekadar untuk tontotan rakan – rakan terdekat, lagu Mr.Saxobeat dan Be Mine versi solo mendapat sambutan hangat sehingga mencecah seramai 40,000 penonton dalam masa 4 hari sewaktu mula di muat turun di Youtube. Dan sehingga kini telah mencecah lebih 1 juta penonton.

Mereka yang masih menuntut di Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas Cheras – Tasha (major in English) dan Syed Shamim (Major in Music) kini sibuk membahagikan masa setelah rutin dalam kehidupan seharian mereka bertambah. Walaupun mendapat sokongan dari keluarga masing – masing, namun mereka masih terikat dengan syarat sebagai seorang pelajar yang harus menumpumkan pada pelajaran dahulu sebelum muzik dan nyanyian.

Tasha Manshahar & Syed Shamim Lancar Album OUR SONG

Setelah kejayaan single pertama Tasha dan Syed Shamim yang dilancarkan bulan May tahun lalu dikenali ramai, single ke – 2 berjudul Cuba Teka turut mendapat perhatian pendengar dan pengikut setia mereka. Tuah ke dua-dua single tersebut telah menempatkan Tasha dan Syed Shamim dalam senarai barisan 5 finalis popular kategori Duo Anugerah Bintang Popular baru – baru ini.

Tidak hanya bergantung pada pasangan duet, Tasha dan Syed Shamim turut berkarya dalam lagu solo mereka. Masih Perlu ciptaan sepenuhnya oleh Tasha Manshahar turut mencuit hati pendengar dan pengikut lagu- lagu mereka. Begitu juga lagu hebat ciptaan Syed Shamim sepenuhnya – LaLaLa. Lagu yg bersahaja serta mempunyai melodi yang cukup baik ini menampakkan keistimewaan dan kebolehan Syed Shamim dalam mencipta lagu yang berkualiti seiring arus muzik terkini.

Tasha dan Syed Shamim Be Mine bersyukur kerana dikurniakan ruang dan rezeki untuk memeriahkan industri muzik tempatan. Ditanya tetang konsep duet yang dibawakan, Tasha dan Syed Shamim menyatakan bahawa mereka sengaja mahu mencipta satu kelainan dalam persekitaran muzik di youtube yang sebelum ini dipelopori secara solo.

Seiring dengan cita- cita sebagai seorang pendidik selain penyanyi, Tasha juga turut menerapkan konsep muzik dan nyanyian dalam sistem pembelajaran sewaktu praktikal – mengajar dan menyampai dalam bentuk nyanyian dan muzik agar lebih mudah di fahami oleh pelajar selaian menarik lebih minat untuk kanak – kanak belajar terutama dalam subjek bahasa Inggeris

Terkini, lagu ciptaan Tasha sepenuhnya – Selamat Ulang Tahun Cinta mendapat sambutan yang lebih hebat lagi berbanding single – single sebelum ini. Mempunyai melodi dan lirik yang catchy amat bertepatan dengan citarasa pendengar serta penggemar muzik terutama golongan remaja.

Turut dilancarkan single terbaru Nas Adila Duet bersama R’Liff AF – Aku Sakit Hati serta single pertama Sissy Iman – Mungkin Kamu dan Wani (Youtube) I Cinta Jer.

Tasha Manshahar & Syed Shamim Lancar Album OUR SONG

Tasha Manshahar & Syed Shamim Lancar Album OUR SONG

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharnaaz Ahmad Berkawan Rapat Dengan Anis Al-Idrus

Dafi Duta Jenama U Mobile Yang Pertama