in , ,

Ada Sebab Tarikh Tayangan Mission: Impossible 8 Dianjak Hampir Setahun

Tarikh tayangan Mission: Impossible 8 telah tunda hampir setahun, menurut laporan terbaru yang dikeluarkan The Hollywood Reporter.

Laman The Hollywood Reporter telah mendedahkan bahawa, Mission: Impossible 8 telah dianjak tarikh dari 28 Jun 2024 ke tarikh baharum iaitu 23 Mei 2025.

Penundaan tersebut berpunca dari produksi yang tertangguh disebabkan mogok penulis dan pelakon baru-baru ini.

Pelakon Dead Reckoning termasuk ramai wajah yang dikenali, seperti Tom Cruise, Ving Rhames, Simon Pegg, Rebecca Ferguson, Vanessa Kirby, dan Henry Czerny. Barisan pelakon baharu termasuk Hayley Atwell, Esai Morales, Shea Whigham, Pom Klementieff, dan Cary Elwes.

“Ethan Hunt dan pasukan IMF mesti menjejaki senjata baharu yang menakutkan yang mengancam semua manusia jika ia jatuh ke tangan yang salah,” menurut sinopsis rasmi.

“Dengan kawalan masa depan dan nasib dunia yang dipertaruhkan, perlumbaan maut di seluruh dunia bermula. Berhadapan dengan musuh yang misteri dan berkuasa, Ethan terpaksa mempertimbangkan bahawa tiada apa yang lebih penting daripada misi itu — malah nyawa orang yang paling dia sayangi.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berkahwin di Usia Emas, Sabri Ditawarkan Jadi Duta Produk Kuat Tenaga Batin

Instagram Kini Benarkan Pengguna Letak Lirik Lagu Pada Reels