in

Tara HD Sajikan Barisan Filem Bollywood Popular Lakonan Sri Devi

Sepanjang bulan Mac ini, Tara HD (saluran 108) akan membawakan filem-filem popular lakonan pelakon Bollywood yang cukup popular dan disegani, Sri Devi, pada setiap Jumaat, jam 10 malam bermula 2 Mac ini sebagai tanda penghargaan terhadap jasanya kepada industri perfileman.

Mom (Hindi) – 2 Mac 2018, 10 malam
Filem ‘Mom’ mengisahkan pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya. Devki (Sri Devi) merupakan seorang isteri yang penyayang dan ibu kepada dua anak perempuan dan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Namun begitu, anak perempunnya, Arya, yang merupakan seorang gadis sensitif yang tidak dapat menerima Devki dalam hidupnya, apatah lagi menyayangi ibunya sepenuh hati. Devki menunggu dengan penuh harapan agar Arya membuka hatinya untuk menerima kasih sayang seorang ibu. Sebuah kejadian malang telah menjarakkan hubungan antara Devki dan Arya, menjadikan keadaan bertambah rumit. Filem ini dibintangi oleh Sri Devi Kapoor, Akshaye Khanna, Sajal Ali, Adnan Siddiqui, Abhimanyu Singh dan Nawazuddin Siddiqui.

Mawaali – 9 Mac 2018, 10 malam
Ramesh mendapat pekerjaan sebagai seorang jurutera di sebuah kilang milik Goyal Verma, seorang ahli perniagaan yang kaya. Goyal memiliki seorang anak perempuan, Nisha, yang bercinta dengan Ramesh. Namun begitu, perhubungan mereka tidak mendapat restu daripada Goyal dan sebagai seorang majikan, Goyal telah menggunakan kuasanya untuk memecat Ramesh daripada bekerja di kilangnya.

Tohfa – 16 Mac 2018, 10 malam
Tohfa adalah sebuah filem dibawah arahan pengarah K. Raghavendra Rao yang mencatat kutipan tertinggi pada tahun 1984. Filem ini mengisahkan tentang percintaan tiga segi diantara Jeetendra, Sri Devi and Jaya Prada. Tohfa juga merupakan sebuah filem yang diadaptasi daripada filem Telugu, Devata.

Jaani Dost – 23 Mac 2018, 10 malam
Jaani Dost merupakan filem aksi Bollywood yang dibintangi oleh Dharmendra, Jeetendra, Parveen Babi, Sri Devi. Ia mengisahkan tentang dua sahabat rapat dari zaman kanak-kanak yang menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran selepas mereka melibatkan diri mereka dalam kumpulan samseng.

Mr. India – 30 Mac 2018, 10 malam
Mr. India adalah filem sains fiksyen Hindi yang diarahkan oleh pengarah Shekhar Kapur dan dibintangi oleh barisan pelakon popular iaitu Anil Kapoor, Sri Devi dan Amrish Puri. Filem ini merupakan filem yang mencatatkan kutipan paling tinggi di India pada tahun 1987 dan kekal sebagai klasik kultus di India serta diisytiharkan sebagai 100 Filem India Terhebat Sepanjang Masa di India.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Festival Gegaria di Kuantan

Parodi Tudung Kena Kecam, Ini Jawapan Pedas Afdlin Shauki