in ,

Sekitar Festival Gegaria di Kuantan

LEBIH 30,000 ORANG PENGUNJUNG ‘CHILL’ DI GEGARIA FEST KUANTAN!

Seramai lebih 30,000 orang pengunjung telah membanjiri Festival Gegaria yang diadakan di Perkarangan Parkir Stadium Darul Makmur, Kuantan sabtu lalu. Kuantan merupakan lokasi ketiga dalam siri penjelajahan Gegaria Festival setelah meriuhkan Setia Alam dan Johor Bahru pada 13 Januari dan 3 Februari yang lalu. Festival yang diadakan oleh Media Prima Berhad ini bertujuan untuk menyatukan golongan belia yang sentiasa dihargai dan memberikan mereka sebuah platform untuk mengekspresikan diri selama satu hari.

Mira Filzah Memberikan Tutorial Hijab

Festival yang berlangsung selama satu hari itu telah meraih lebih 20,000 orang pengunjung pada sebelah siang festival itu, manakala kira-kira 10,000 penggemar muzik telah membanjiri disekitar pentas utama Gegaria Festival untuk menyaksikan Konsert #Gegaria yang menampilkan DeFam, Noh Salleh, Akim & The Majietsret, Kugiran Masdo dan Bunkface.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid, “Pada awal siri penjelajahan Gegaria Fest ini, festival ini akan berakhir disini (Kuantan) setelah tiga lokasi telah dijelajahi. Namun, dengan kejayaannya mendapat tempat dihati masyarakat tempatan, pihak kami sedang meneliti peluang untuk melanjutkan siri penjelajahan ini ke lokasi-lokasi lain agar seluruh warganegara Malaysia berpeluang untuk merasakan keriuhan festival hipster ini disamping berasa dihargai dan meluangkan masa senggang bersama keluarga dan rakan-rakan. Lokasi-lokasi baharu yang akan kami jelajahi itu, kami akan umumkan kemudian. Bagaimanapun, kami amat berterima kasih atas sokongan-sokongan pihak ramai selama ini.”

Festival Gegaria ini terbahagi kepada lima zon utama iaitu Zon Makan-Makan #Gegaria, Zon Throwback Tunnel #Gegaria, Zon Gaya Hidup #Gegaria, Zon Komuniti #Gegaria, dan Zon Hiburan #Gegaria.

Zon Makan-Makan #Gegaria dan Chillex menawarkan pelbagai Food Truck, makanan segera, makanan tradisional, serta demo masakan disediakan buat para pengunjung yang menggemari juadah-juadah yang beraneka macam sepanjang hari. Antara makanan dan minuman yang disediakan adalah cendol durian, minuman buah-buahan ice blended, Ayam Goreng Uncle Bob, Nasi Lemak, Burger dan banyak lagi. Lebih menarik lagi adalah pembelian makanan dan minuman di festival ini adalah dengan cara tanpa tunai melalui aplikasi mudah alih ‘Boost’. Para pengunjung boleh memuat turun aplikasi mudah alih, ‘Boost’ ini secara percuma di ‘Google Playstore’ atau ‘Apple App Store’ dan berbelanja melalui beberapa langkah-langkah mudah seperti berikut:

o Muat turun aplikasi Boost ke telefon pintar
o Daftar ID pengguna dengan menggunakan kod unik Festival Gegaria yang terdapat di booth Boost
o Mengisi semula wang kedalam aplikasi Boost(menggunakan khidmat perbankan atas talian, m2u, CIMB Clicks dan sebagainya) dan menjadikannya sebagai dompet elektronik pengguna
o Imbas QR Code di gerai/food truck dan sertakan jumlah harga untuk membayar makanan atau minuman.

Di samping itu, para pengunjung juga berpeluang untuk menimba resipi baharu dan bertemu secara peribadi bersama Cef Fikree Aznan dan Naz Rahman dalam aktiviti Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM).

Buih Gergasi Antara Tarikan Kanak-Kanak

Di Zon Throwback Tunnel #Gegaria pula merupakan lokasi yang terbaik untuk para pengunjung menimba inspirasi berharga tentang perkembangan negara. Membentangkan dua buah kontena yang berhias artisitik, zon ini mempamerkan seni-seni yang menceritakan era-era perkembangan Malaysia bermula pada tahun 1950-an hingga kini dan hasil kerja jurugambar The New Straits Times Press (NSTP) dari Pusat Sumber NSTP. Throwback Tunnel ini telah terus memberikan inspirasi selama 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Tarikan lain yang terdapat di Festival Gegaria adalah, Zon Gaya Hidup #Gegaria (#Gegaria Lifestyle) yang beroperasi daripada 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Para pengunjung telah berpeluang untuk mendengar sesi perkongsian oleh personaliti-personaliti terkenal yang berkisarkan tips-tips menarik media sosial serta fesyen dan stail serta perkembangan artis terkini. Selain itu, pentas mini Gaya Hidup #Gegaria yang dikendalikan oleh Nisa Kay dan Dhiya Aizat ini juga akan membuat demonstrasi mekap dan tutorial hijab untuk penimbaan ilmu para pengunjung. Antara barisan personaliti terkenal adalah Dayang Damito & Dayang Niesa, Noorish Al-Qayyum, Faizdickie, Jinnyboy, Reuben, Arwind Kumar, Mira Filzah, Awal Ashaari & Scha Al-Yahya, Elfira Loy, DeFam, dan Noh Salleh.

Keriuhan Pengunjung Konsert Gegaria

Selain itu, Festival Gegaria turut mengambil inisiatif untuk berkhidmat kembali kepada masyarakat dengan mewujudkan Zon Komuniti #Gegaria (#Gegaria Community). Di zon komuniti ini, pelbagai aktiviti disediakan selama lapan jam bermula 10.00 pagi untuk para pengunjung termasuk menderma darah, pemeriksaan kesihatan, dan pendaftaran undi dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Tarikan terakhir Festival Gegaria merupakan antara tarikan yang dinantikan oleh orang ramai iaitu Zon Hiburan #Gegaria (#Gegaria Entertainment). Sedikit berbeza dengan zon-zon yang lain kerana zon ini beroperasi sepanjang hari dari 8.00 pagi sehingga 10.00 malam melalui bahagian-bahagiannya yang berbeza. Pentas Utama telah bermula dengan Zumba #Gegaria pada awal pagi bersama Dayang Damito & Dayang Niesa dan berehat sehingga ke petang. Namun, zon ini diteruskan dengan aktiviti-aktiviti fizikal, permainan tradisonal, dan permainan elektronik untuk belia yang menggemar menguji fizikal dan mental mereka. Antara permainan fizikal dan tradisional yang disediakan adalah Buih Gergasi, Timbang Takraw, Ting-ting, Congkak Gergasi dan Jengga Gergasi.

Manakala buat penggemar permainan elektronik, bergandingan dengan MyGameOn (MGO) dan Garena, Festival Gegaria ini turut menyediakan pertandingan sukan elektronik untuk permainan League of Legends dan merebut sebahagian daripada hadiah wang tunai bernilai RM10,000! Selain itu, terdapat juga Playstation 4, Nintendo dan XBOX untuk hiburan para pengunjung dan yang terkini adalah permaianan Virtual Reality yang pastinya telah memberikan pengalaman bermain di alam maya secara peribadi.

Bagaimanapun, acara permainan fizikal dan elektronik itu akan berhenti pada pukul 5 petang untuk memberi ruang kepada Konsert #Gegaria untuk berlangsung pada pukul 4.00 petang hingga 11.00 malam di Pentas Utama #Gegaria. Dikendalikan oleh Muaz dan Haiza Kool FM, para pengunjung akan berhibur bersama barisan penghibur hebat seperti Wany Hasrita, DeFam, Priscilla Abby, Kugiran Masdo, Noh Salleh, Akim & The Majistret, dan Bunkface.

Untuk maklumat lanjut, para penggemar festival dan hiburan tanpa henti boleh layari laman Facebook rasmi Gegaria ‘GoGegaria’ (www.facebook.com/gogegaria) atau laman sosial Instagram @gogegaria (www.instagram.com/gogegaria). Jangan lupa juga untuk menggunakan tandapagar #gogegaria di laman sosial anda dan kongsikan pengalaman hebat anda di Festival Gegaria.

Pasangan Selebriti Awal Dan Scha Beramah Mesra Bersama Pengunjung

Akim &Amp; The Majiestret

Nisa Kay Mengacarakan Lifestyle Gegaria Bersma Dhiya Aizat

Jengga Gergasi Disediakan Untuk Mencabar Iq Pengunjung

Img_9620

Ejen Ali Menyertai Zumba Gegaria

Bunkface Menutup Tirai Konsert Gegaria

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Untuk Beli G-Dragon The Floral Pathway

Tara HD Sajikan Barisan Filem Bollywood Popular Lakonan Sri Devi