in , ,

Tapak Konsert & Dewan Acara Zepp yang Bertaraf Dunia Tiba di Bukit Bintang City Centre

Rangkaian dewan terkemuka Jepun membuka cawangannya yang pertama di Malaysia di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Rangkaian dewan konsert terkemuka negara Matahari Terbit bakal membuka pintunya di Kuala Lumpur pada suku kedua 2022. Anak syarikat Sony Music Entertainment (Japan) Inc, Zepp Kuala Lumpur bakal dibuka di tengah-tengah ibu kota dan menjadi sebahagian daripada projek pembangunan Bukit Bintang City Centre (BBCC). Zepp Hall Network ditubuhkan pada 1998, lokasi ini bakal menjadi dewan acaranya yang ke-11, dengan sembilan cawangan di Jepun dan satu lagi di Taiwan iaitu Zepp New Taipei.

Idea untuk menubuhkan kemudahan berinovasi ini tercetus kira-kira lebih 20 tahun lalu. Ketika itu, tiada tapak konsert sesuai bersaiz sederhana yang boleh memuatkan 2,000 hingga 3,000 penonton. Sony Music Entertainment (Japan) Inc telah mengenal pasti keperluan untuk menyediakan tapak alternatif selain daripada ruang teater untuk persembahan kumpulan rock.

Mereka kemudiannya berpadu tenaga dengan Zepp bagi membangunkan satu pusat sehenti untuk penganjuran konsert oleh para artis dari seluruh Jepun. Zepp Sapporo menjadi cawangan pertama milik rangkaian dewan acara tersebut, sebelum ia melebarkan sayapnya ke Osaka, Tokyo, Fukuoka, Nagoya dan Yokohama, memudahkan para artis membuat siri jelajah di negara itu dengan reka bentuk pentas yang serupa di semua wilayah utama. Kejayaan Zepp turut membawa kepada pengembangan di peringkat antarabangsa, dengan cawangan di Singapura (2017-2019), Taiwan dan kini di Malaysia.

Tapak Konsert & Dewan Acara Zepp yang Bertaraf Dunia Tiba di Bukit Bintang City Centre

“Zepp telah melangkah jauh sejak 1998. Apa yang bermula sebagai tempat untuk membantu para artis di Jepun, kini telah berkembang menjadi satu perniagaan yang menawarkan penyelesaian kepada pelbagai industri dan acara, tidak kira sama ada persidangan korporat, pameran kereta atau majlis perkahwinan. Pengembangan kami di peringkat antarabangsa adalah salah satu daripada cara kami membantu industri acara di seluruh dunia dengan menawarkan satu penyelesaian sehenti untuk apa-apa acara bersaiz sederhana. Kami sangat gembira kerana dapat melancarkan Zepp Kuala Lumpur tahun ini. Dewan acara yang serba baru ini akan menjadi sebuah pusat pertukaran budaya di antara Malaysia dan Jepun,” kata Presiden Zepp Hall Network Inc, Akira Uehara

Usaha terbaru Zepp ini merangkumi sebuah dewan seluas 6,500 kaki persegi di tengah-tengah Kuala Lumpur. Ia bakal menempatkan lapan petak VIP dengan ruang rehat dan tempat duduk peribadi. Ruang acara berkapasiti 2,500 penonton ini turut menawarkan kemudahan terbaik yang sememangnya sinonim dengan jenama global Zepp. 

Disukai oleh artis-artis terkenal antarabangsa, tapak acara yang serba canggih ini dilengkapi dengan sistem pencahayaan dan audio berkualiti tinggi, yang memudahkan pihak penganjur acara membuat sesi raptai dan membantu menjimatkan kos produksi. Dewan acara ini juga sangat popular di kalangan artis yang sedang mencipta nama. Ia memberikan mereka pentas yang ideal untuk membuat persembahan dan meningkatkan pendedahan, sebelum melangkah ke pentas konsert berskala besar. 

Selain daripada itu, dewan Zepp Kuala Lumpur turut menjadi pusat penyelesaian sehenti bagi acara-acara korporat, pertunjukan fesyen, rakaman TV dan pengiklanan, majlis makan malam, pertandingan e-Sukan, serta persembahan seni mempertahankan diri. Dibina di atas bekas tapak Penjara Pudu, Zepp Kuala Lumpur bakal menjadi tarikan utama untuk hab hiburan BBCC. Pembangunan bersepadu ini turut termasuk pejabat berstrata, hotel lima bintang, kediaman perkhidmatan mewah, pusat membeli-belah gaya hidup, bazar besar serta restoran makanan dan minuman. 

“Kami melihat pada pasaran ruang acara Malaysia dan nampak potensi untuk Zepp menjadi dewan acara pilihan utama bagi pelbagai acara termasuk konsert, korporat, sosial dan acara peribadi. Dengan memastikan ruang acara KL memenuhi standard tertinggi rangkaian dewan kami di Jepun, kami yakin bahawa kami akan menyumbang dan membantu industri hiburan dan acara Malaysia untuk terus berkembang ke satu tahap yang baru. Selain daripada itu, kami juga gembira kerana dapat berkongsi BBCC dengan Mitsui Shopping Park LaLaport Kuala Lumpur (nama tentatif) yang dibangunkan oleh Mitsui Fudosan Co., Ltd.– salah satu pasar raya terbesar di Asia Tenggara dan kami akan bekerjasama dengan mereka di masa hadapan,” kata Naib Presiden Bahagian Operasi Dewan, Zepp Hall Network Inc., Shinichiro Honda

Zepp Kuala Lumpur akan dilancarkan secara rasmi pada suku kedua 2022. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Shinichiro Honda di [email protected] atau kunjungi laman Facebook rasmi mereka di https://www.facebook.com/ZPKualaLumpur/. 

Mengenai Zepp Malaysia SDN BHD

Zepp Malaysia SDN BHD ialah anak syarikat milik penuh Zepp Hall Network Inc. dan adalah pengendali Zepp Kuala Lumpur, sebuah dewan konsert dan acara bertaraf dunia. Zepp KL boleh memuatkan kira-kira 2,500 orang. Dewan ini turut dilengkapi dengan lapan petak VIP dengan tempat duduk balkoni, dua kaunter bar, lima bilik persalinan dan sebuah ruang rehat untuk artis. Zepp KL turut menyediakan banyak ruang muatan dan dilengkapi dengan sistem pembesar suara NEXO, konsol YAMAHA PM10 dan konsol pencahayaan grandMA3 yang serba canggih.

Mengenai Zepp Hall Network Inc 

Zepp Hall Network Inc. dimiliki oleh Sony Music Entertainment (Japan) Inc. dan Cool Japan Fund Inc. Sejak 1998, Zepp telah menjadi tuan rumah kepada pelbagai persembahan antarabangsa dan dikenali sebagai rangkaian dewan muzik terunggul di Asia. Zepp kini mengendalikan 9 dewan di Jepun, satu dewan di Taiwan dan satu lagi dewan yang bakal dibuka di Malaysia.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GHOSTBUSTERS: AFTERLIFE

Peraduan Jom Menonton Filem GHOSTBUSTERS: AFTERLIFE

TRAVEL

13 Tokoh Suntik Inspirasi Kejayaan Dalam PERMATA ETNIK DI TV1