in ,

Tangguh Beli iPhone 12 & PS5, Fizo Omar Belikan Skuter Elektrik Untuk Ibu

Kita semua sedia maklum Fizo Omar begitu rapat dengan ibunya dan beliau mengutamakan ibunya lebih dari segalanya. Sikap ini wajar dicontohi oleh anak muda sekarang yang semakin melupakan jasa ibu bapa yang membesarkan kita dari kecil.

Ketika ini, barangan seperti telefon bimbit iPhone 12 dan permainan Play Station 5 (PS5) antara yang menjadi rebutan ramai ketika ini.

Namun begitu, lain halnya pula dengan pelakon popular Fizo Omar yang menangguhkan seketika pembelian kedua-dua barangan berkenaan.

Semuanya dilakukan semata-mata kerana membelikan sebuah skuter elektrik buat ibu tercinta.

Tangguh Beli iPhone 12 & PS5, Fizo Omar Belikan Skuter Elektrik Untuk Ibu

“Hopefully perasaan Mama sama mcm apa yang aku rasa waktu Mama belikan basikal masa dulu-dulu.

“Hmmmm… iphone 12, PS 5? Nanti la dulu… bila Mama happy, dia boleh bawak pergi surau, makin kuat dia berdoa makin bertambah rezeki, bukan setakat iphone n ps5, dengan kedai-kedai skali boleh beli,” kongsinya di Instagram.

Pelakon itu juga turut berkongsi gambar basikal elektrik yang dibelinya itu dan turut dinaiki bersama anaknya, Wan Maryam. 

Tangguh Beli iPhone 12 & PS5, Fizo Omar Belikan Skuter Elektrik Untuk Ibu
Tangguh Beli iPhone 12 & PS5, Fizo Omar Belikan Skuter Elektrik Untuk Ibu
Tangguh Beli iPhone 12 & PS5, Fizo Omar Belikan Skuter Elektrik Untuk Ibu

*Sumber: IG Fizo Omar

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Diundang Jadi Tetamu MeleTOP, Netizen Tak Sabar Pertemuan Azwan Ali & Nabil

Sah! Emma Maembong Selamat Lahirkan Anak Pertama Pada 8 November Lalu