in , ,

Sah! Emma Maembong Selamat Lahirkan Anak Pertama Pada 8 November Lalu

Pelakon Emma Maembong selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 8 November lalu. Menerusi satu laporan daripada Harian Metro, Emma selamat melahirkan bayi lelaki secara normal dengan berat 3.2 kilogram. Tahniah Emma dan suami!

Selepas lebih seminggu melahirkan anak sulung, pelakon Emma Maembong hari ini berkongsi berita gembira kehadiran pelengkap kebahagiaan rumah tangganya bersama suami, Muhammad Shazli Azhar. Melalui entri Instagram (IG), Muhammad Shazli berkongsi rakaman video pendek memaparkan foto dirinya, Emma dan putera tersayang.

Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail memberitahu, dia melahirkan bayi sulungnya itu pada jam 2.38 pagi, 8 November lalu.

Menjengah ke laman Instagram Emma, beliau sempat memuatnaik sebuah video sambutan “baby shower” yang diadakan bersama keluarga dan kenalan rapat. Difahamkan, Emma turut mengumumkan jantina cahaya mata pertamanya di majlis berkenaan. 

Sah! Emma Maembong Selamat Lahirkan Anak Pertama Pada 8 November Lalu

Terbaru, suami kepada Emma, Shazli Azhar telah memuat naik sebuah video menunjukkan pasangan bahagia itu bersama bayi lelaki mereka.

“Alhamdulillah. 8.11.20 Allah is the greatest, baby boy,”

– Shazli

Video tersebut kini menerima lebih 146,000 tontonan.

“Saya dimasukkan ke hospital sehari sebelum bersalin selepas beberapa kali mengalami kontraksi dan tidak dapat menahan kesakitan,” 

“Selama ini hanya melihat kenikmatan menjadi ibu daripada orang lain, tapi sekarang, saya pula melaluinya.

“Ia sangat indah…. Rasa tak hendak berenggang dengan anak. Kalau boleh, mahu selalu berada dengannya.

“Suami juga teruja, maklumlah anak sulung kami,” katanya kepada BH Online.

Sah! Emma Maembong Selamat Lahirkan Anak Pertama Pada 8 November Lalu

Emma ketika dihubungi Harian Metro berkata, bayi itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.2 kilogram. 

“Alhamdulillah proses kelahiran berjalan dengan selamat dan lancar,” katanya.

Emma berkata, selepas mengalami kontraksi, doktor menyarankan dia ditahan di hospital kerana mahu memantau degupan jantung bayi.

“Ketika membuat pemeriksaan doktor memaklumkan ‘jalan untuk bersalin’ sudah terbuka satu sentimeter pada jam 4 petang dan akhirnya putera sulung saya selamat dilahirkan secara normal keesokannya,” katanya. 

Menurut Emma, dia bersyukur suaminya, Muhammad Shazli Azhar sentiasa berada di sisi dan banyak memberikan kata-kata semangat. 

“Alhamdulillah suami saya banyak memberi semangat dan ada di sisi saya sepanjang waktu. Saya kini menjalani tempoh berpantang di rumah dengan dibantu seorang pekerja dari pusat penjagaan yang menawarkan perkhidmatan berpantang untuk membantu saya yang baru bersalin serta merawat bayi. 

“Setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik.  Saya dan anak dijaga dengan rapi apabila saya tidak perlu risau soal makan, urutan atau apa saja perkara yang boleh dan tidak selepas bersalin. 

Berkongsi proses kelahiran sangat mudah, Emma, bagaimanapun merahsiakan nama putera tersayang.

“Nanti suami akan akan kongsi nama anak,” katanya.

Baru-baru ini, Emma dan suami membuka akaun IG di bawah nama @eslovestory untuk berkongsi perjalanan kelahiran anak mereka.

Kami di Budiey Channel mengucapkan tahniah buat Emma dan suami di atas kelahiran putera sulung. 

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tangguh Beli iPhone 12 & PS5, Fizo Omar Belikan Skuter Elektrik Untuk Ibu

Gara-Gara Buka Pelitup Muka Nak Hisap Vape, Mustaqim Bahadon Didenda RM1,000