in ,

Tan Sri Dr Halim Shafie Dilantik Sebagai Pengerusi Interim Celcom

Celcom Axiata Berhad (Celcom) hari ini mengumumkan, pelantikan Tan Sri Dr Halim Shafie sebagai Pengerusi interim yang berkuatkuasa 2 Jun 2022.

Pelantikan tersebut diumumkan susulan daripada pengumuman Dato’ Izzaddin Idris yang telah meletak jawatan sebagai Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO Kumpulan) Axiata serta sebagai Pengerusi Celcom, di mana kedua – duanya berkuatkuasa pada 31 Mei 2022.

Tan Sri Dr Halim Shafie telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif bagi Axiata Group Berhad (Axiata) pada 1 November 2020. Beliau juga telah berkhidmat di pelbagai agensi Kerajaan termasuklah Kementerian Pendidikan, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Tan Sri Dr Halim Shafie merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi pada tahun 2000 dan merupakan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dari tahun 2006 hingga 2009 sebelum memegang jawatan sebagai Pengerusi Telekom Malaysia Berhad dari 2009 hingga 2015. Jawatan terakhir beliau sebelum menyertai Axiata adalah sebagai Pengerusi SKMM yang dilantik buat kali kedua dari 2015 hingga 2018.

Tan Sri Dr Halim juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Smart Axiata Co., Ltd.

Mengulas berkenaan pelantikan tersebut, Datuk Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata, “Bersama-sama dengan pengurusan Celcom, kami mengalu-alukan Tan Sri Dr Halim Shafie sebagai pengerusi baharu dan kami amat teruja untuk bekerjasama dengan beliau dan lembaga pengarah. Kami mengharapkan bimbingan serta kepimpinan beliau dalam memacu organisasi ke arah langkah baharu dan mencipta nilai sebenar untuk pelanggan kami,” tambah Idham.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ruffedge | 19

Ruffedge Bakal Memukau Peminat Di Konsert Sulung RUFFERA Di DFP

Fesyen Travel Trending | 20

10 Tempat Pelancongan Yang “Viral” Dan Baru Di Negeri Selangor 2022