in , ,

Tak Pernah Tinggal Solat Walaupun Sibuk, Video Fattah Amin Sedang Solat Ini Jadi Viral

Tindakan salah seorang peserta program realiti Sukses 4.0, Hafiz Nassir merakam detik pelakon popular Fattah Amin sedang mendirikan solat secara diam-diam menjadi tular di laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Video yang dimuat naik Hafiz di aplikasi TikTok miliknya semalam meraih lebih 238,000 tontonan dan 23,000 tanda suka. Hafiz yang juga seorang usahawan kagum dengan Fattah yang dilihat tidak pernah melupakan kewajipannya itu.

“Tabik dekat Fattah. Tak pernah tinggal solat di set penggambaran. Dah lama saya perhati,” tulisnya. Melalui video yang dikongsikan, rata-rata pihak memuji cara didikan ibu bapa Fattah yang dilihat sangat mementingkan ajaran agama.

Ada juga mengatakan, walaupun Fattah sibuk dengan urusan kerja ia bukan alasan untuk kita tidak menunaikan solat.

Lebih mengujakan, ada juga komen yang mengatakan isteri Fattah iaitu pelakon Nur Fazura adalah wanita bertuah kerana dapat memiliki Fattah sebagai suaminya yang dilihat boleh membimbing keluarga ke arah kebaikan.

Walaupun dihujani pelbagai komen positif, perkongsian terbabit turut menerima kecaman, malah ada juga yang tidak bersetuju dengan perkongsian video terbabit kerana solat adalah wajib bagi umat Islam.

Sementara itu, Fattah ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia tidak tahu-menahu mengenai video yang dirakam salah seorang peserta program itu.

“Tak ada apa yang saya nak komen. Bagi saya, ia tak perlu dihebahkan. Mungkin peserta itu merakamkannya untuk tujuan suka-suka. Saya harap apa yang dikongsikan boleh mendatangkan satu hal yang baik kepada semua,” katanya.

Tak Pernah Tinggal Solat Walaupun Sibuk, Video Fattah Amin Sedang Solat Ini Jadi Viral

Dalam masa yang sama, ada juga yang mengatakan bahawa Fazura merupakan wanita yang bertuah dapat memiliki Fattah sebagai suaminya yang dilihat boleh membimbing keluarga ke arah kebaikan.

Ini lah baru dikatakan imam yang boleh membawa keluarga ke Syurga Firdausi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bersuamikan Jejaka Palestin, Ramona Zamzam Ada Alasan Tiada Perkongsian di Social Media

Ali Puteh Akhirnya Bertemu Wanita Yang Sebar Fitnah Tapi Ali Serah Kes Ini Kepada Polis