in ,

Bersuamikan Jejaka Palestin, Ramona Zamzam Ada Alasan Tiada Perkongsian di Social Media

‘Tak kongsi bukan maknanya tak peduli’ – Ramona Zamzam

Pelakon Ramona Zamzam yang bersuamikan jejaka berasal dari Palestin, terkejut netizen membuat andaian dirinya tidak peduli dengan perkembangan di Gaza hanya kerana tidak berkongsi hantaran mengenainya di laman sosial. Lebih memeranjatkan Ramona yang mengahwini Rami Alashkar pada 2015, ada pihak melemparkan tuduhan tidak masuk akal konon dirinya pro-Zionis.

“Saya bosan apabila orang di luar yang hendak tentukan saya perlu muat naik itu dan ini dalam media sosial.

“Macam situasi sekarang, soal kekejaman Israel di Palestin dibangkitkan mereka.

“Saya faham diri ini berkahwin dengan orang Palestin. Tetapi tidak perlulah hendak paksa sampai macam itu sekali hingga persoal mengapa saya tidak ada kesedaran mengenai isu Palestin.

“Tidak memuat naik apa-apa entri mengenai krisis di Palestin tidak semestinya kita tidak peka atau empati.

“Saya terkejut dengan cara sesetengah orang meletakkan tafsiran atau kesimpulan sendiri hanya kerana tidak berbuat seperti apa yang mereka mahukan,” katanya kepada BH Online.

Bersuamikan Jejaka Palestin, Ramona Zamzam Ada Alasan Tiada Perkongsian di Social Media

Mengahwini Rami pada 1 Mei 2015, pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Ivanna Alaskhar.

Berpegang pendirian tidak perlu berkongsi segala-galanya dalam media sosial, Ramona mengaku simpati dengan nasib menimpa umat Islam di Palestin.

“Tidak muat naik apa-apa entri dalam media sosial tidak semestinya kita tidak ambil tahu.

“Lain orang lain caranya dalam menzahirkan rasa sedih dan mengambil berat.

“Tuduh saya pro-Zionis, tolonglah hentikan. Tidak memuat naik apa-apa dalam media sosial, tidak bererti saya bersetuju dengan kekejaman.

“Biarpun suami menetap di Malaysia, solidariti dan sokongan masih utuh buat keluarganya di bumi bergolak itu. Palestin adalah tanah kelahiran suami,” katanya.

Ramona mengaku berang melihat video kekejaman dan keganasan rejim Israel.

“Saya juga bergelar ibu dan paling penting, manusia. Melihat insan tidak berdosa termasuk ibu dan anak kecil diperlakukan sedemikian rupa tanpa perikemanusiaan, gugur rasa jantung.

“Saya jadi lemah tidak berdaya,” katanya.

Bersuamikan Jejaka Palestin, Ramona Zamzam Ada Alasan Tiada Perkongsian di Social Media

Menceritakan pengalaman dilalui suami dan keluarga mentua di Palestin, Ramona berkata, keluarga mentuanya diusir dari negara sendiri.

“Mereka terpaksa mencari penempatan baharu di negara lain. Tetapi masih ada saudara-mara keluarga mentua yang menetap di Palestin.

“Suami masih berhubung baik dengan saudara-maranya di sana,” katanya.

Ramona atau nama penuh, Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam berkata, suaminya membesar di beberapa negara seperti Greece, Qatar, Libya, Bulgaria, Yemen, China dan Malaysia.

“Sudah ditakdirkan, suami bertemu jodoh dengan saya di Malaysia,” katanya.

Ramona berkata, Rami tidak bertemu bapanya sejak sembilan tahun lalu.

“Saya pernah berjumpa ibu mentua pada 2018. Ketika itu, saya baru habis pantang dan ibu mentua menggagahkan diri datang bertemu cucu,” katanya.

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Facebook

Serangan Israel Ke Atas Palestin Menyebabkan Rating Facebook Jatuh Menjunam

Tak Pernah Tinggal Solat Walaupun Sibuk, Video Fattah Amin Sedang Solat Ini Jadi Viral