in ,

Tak Nak Sampai Cerai, Tapi Syamsul Yusof Akui Dah Tak Sebumbung Dengan Isteri

Kemelut rumah tangga pengarah dan pelakon filem Munafik, Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana bukan lagi perkara baru.

Masing-masing juga sudah mengeluarkan kenyataan sebelum ini dengan mengiyakan masalah yang melanda dalam rumah tangga mereka.

“Memang kami dah tak sebumbung”

– syamsul yusof

Dalam kenyataan terbaru Syamsul kepada Harian Metro, selebriti berusia 36 tahun itu mengakui sudah tidak sebumbung dengan isterinya buat masa ini.

Syamsul Yusof Buat Laporan Polis Selepas Terima Ugutan

“Bila dah tanya macam ini, saya jawablah memang kami sudah tidak tinggal sebumbung lagi. Bagi saya, tak ada apa yang nak disorokkan pun.”

“Saya pun sekarang beritahu apa yang saya rasa nak beritahu, asalkan pada saya ia tak ada masalah untuk dikongsikan.”

– Syamsul Yusof

Sedang Perbaiki Hubungan

Walau bagaimanapun, dia memaklumkan bahawa mereka masih dalam proses memperbaiki hubungan tersebut kerana masing-masing tidak mahu ikatan yang terbina berakhir dengan penceraian lebih-lebih lagi sudah mempunyai cahaya mata.

“Sekarang ini, saya dan Sarah masih lagi dalam proses cuba memperbaiki hubungan kami. Pada ketika ini,  kami berdua perlukan masa.”

“Lagipun, tak ada orang dalam dunia ini yang mahu bercerai. Termasuklah saya dan Sarah, tak mahu bercerai. Tapi, kami perlukan masa sebab kena fikirkan anak-anak juga.” Tambah Syamsul.

Masih Sayang Isteri & Keluarga

Syamsul juga menyatakan amat menyayangi keluarganya terutama sekali anak-anak dan sudah pasti isteri tercinta.

  “Siapa yang tak sayang keluarga. Saya sangat sayangkan keluarga saya, anak- anak dan sudah tentulah isteri saya. Ya, saya sayang mereka,”

– Syamsul Yusof

Mohon Doa Dari Peminat

Ketika ini, dia terus giat berdoa agar hubungan mereka kembali pulih dan permasalahan yang sedang melanda dapat diselesaikan dengan baik.

Dikesempatan itu, Syamsul juga turut berharap agar para peminat diluar sana terus mendoakan keharmonian rumah tangganya bersama isteri dan anak-anak tersayang.

Terdahulu, tindakan Puteri Sarah yang telah pergi ke pejabat agama pada 20 September 2020 membuatkan peminatnya mulai curiga berkenaan rumah tangga pasangan ini.

Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan masing-masing yang mengakui perkahwinan yang dibina pada Mac 2014 sedang dilanda badai.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

Airasia.com Bekerjasama Dengan Turkish Airlines Untuk Penerbangan Antarabangsa

Cantik & Sekata Tulisan Tangan di Kad Ucapan, Tak Sangka Ia Milik Siti Nurhaliza