in ,

Airasia.com Bekerjasama Dengan Turkish Airlines Untuk Penerbangan Antarabangsa

airasia.com Asean super app mengumumkan kerjasama dengan Turkish Airlines untuk penerbangan antarabangsa akan datang dalam usaha mengembangkan tawarannya sebagai aplikasi perjalanan dan gaya hidup sehenti.

Kerjasama tersebut membolehkan airasia.com meningkatkan jaringan penerbangan pan-Asia dengan memanfaatkan destinasi komprehensif Turkish Airlines, yang mempunyai jaringan terbesar di dunia dari segi negara dan titik penerbangan antarabangsa oleh syarikat penerbangan global. Dengan teknologi bersepadu, airasia.com kini dapat menggabungkan inventori penerbangan Turkish Airlines dan penerbangan AirAsia serta menawarkan diskaun hebat.

Kerjasama ini diharapkan dapat menghasilkan sinergi antara kedua-dua belah pihak melalui promosi destinasi bersama dan bersedia secara proaktif untuk memanfaatkan pembukaan sekatan perjalanan antarabangsa akan datang. Tidak lama lagi, para pelancong boleh melakukan perjalanan antarabangsa dengan penerbangan Turkish Airlines sambil menikmati kemudahan dan nilai hebat yang ditawarkan di seluruh ekosistem airasia.com, seperti penerbangan, hotel dan aktiviti. 

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata, “airasia.com Asean super app bertujuan untuk menghubungkan para tetamu ke destinasi mereka dan kini kami dapat menghubungkan Asean ke serata dunia. Kami mengalu-alukan kerjasama dengan Turkish Airlines dan peluang untuk mempromosikan Turki sebagai pintu masuk utama ke Eropah, yang dijangka akan mendapat sambutan apabila sempadan dibuka secara beransur-ansur pada tahun depan. Sementara itu, airasia.com yang menawarkan produk perjalanan dan gaya hidup komprehensif adalah sebuah platform terbaik untuk mempromosikan tawaran pelancongan oleh Turki dan pasaran Eropah. Kami akan terus bekerjasama secara kreatif dengan pemain industri lain untuk menggalakkan permintaan perjalanan dan melengkapkan tawaran produk kami untuk keperluan perjalanan dan gaya hidup dalam satu platform.”

Bilal Ekşi, Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Airlines berkata, “Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan airasia.com yang menawarkan pelbagai kelebihan kepada kami di masa hadapan. Kerjasama ini membuatkan kami tidak sabar untuk menyambut para penumpang bagi merasai pengalaman penerbangan yang lancar bersama Turkish Airlines.”

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Rangkaian 5G Di Malaysia Dijangka Akan Diperkenalkan Seawal Penghujung Tahun 2022

Tak Nak Sampai Cerai, Tapi Syamsul Yusof Akui Dah Tak Sebumbung Dengan Isteri