in , ,

Tak Harapkan DSV, Cik B Guna Duit Sendiri Cari Rumah Bendera Putih Beri Bantuan

Ketika Vida dikecam, anaknya iaitu Cik B pula menerima pujian ramai apabila menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Seperti sudah dijangka, Cik B juga turut menerima komen daripada netizen berhubung isu ibunya.

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan di media sosial mengenai kempen bendera putih. Nampaknya, anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B juga turut serta dalam kempen bantuan tersebut.

Berkongsikan video misi bantuannya itu di Instagram, Cik B bersama adik lelakinya, Muhammad Eric Zaquan atau Kacak mencari bendera putih di sekitar Ipoh untuk menghulurkan bantuan.

cik b

“Hari ini saya nak pergi menolong orang yang perlukan bantuan. Cik B nak pergi cari bendera putih. Esok Cik B akan mengedarkan barangan ini.

“Kalau korang nak, boleh bagitahu area mana tapi dekat Ipoh je tau. Ini sedikit sebanyak yang mampu Cik B bagi,”

– Cik B
CIK B

Menerusi Insta Story, Cik B ada berkongsikan video dia mengagih barangan keperluan ke rumah-rumah mereka yang terjejas serta melihat sendiri keadaan mereka.

Perkongsian Cik B mendapat pelbagai reaksi netizen yang memuji tindakan murni gadis berusia 16 tahun itu yang menggunakan wang sendiri untuk membantu mereka yang kesusahan. Malah, ibunya juga turut meninggalkan komen menyokong misi bantuan anaknya itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tak Perlu Paksa Warga Emas Cucuk Vaksin, Sekali Rita Rudaini Kena Kecam Netizan

Ramai Lega Apabila Dengar Dr Noor Hisham Bagitahu Kes Akan Turun Sikit Masa Lagi