in ,

Ramai Lega Apabila Dengar Dr Noor Hisham Bagitahu Kes Akan Turun Sikit Masa Lagi

Penurunan jangkitan kes harian COVID-19 di negara ini dijangka dapat dilihat dalam tempoh terdekat sama ada seminggu atau dua minggu lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peningkatan kes sejak kebelakangan ini sudah dijangka berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Lembah Klang dan tindakan saringan secara besar-besaran.

“Dengan pengawalan yang baik, kita akan lihat hasilnya seminggu atau dua minggu lagi, baru kes akan nampak penurunan.

“Pada masa sama, program vaksinasi perlu dipertingkatkan. Sebanyak empat juta dos vaksin sudah diberikan kepada Selangor dan Kuala Lumpur juga sudah mencapai tahap vaksinasi amat memuaskan,”

“Ini boleh bendung penularan di Lembah Klang,”

– Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata semasa diundang sebagai panel program ‘The Nation’ bertajuk ‘COVID-19: Apa Lagi Ikhtiar Kita’ yang disiarkan secara langsung menerusi Bernama TV malam ini.

Dr Noor Hisham berkata, situasi sama berlaku ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini yang turut mencatatkan lonjakan kes.

“Kalau lihat kepada PKP 2.0 dan PKP 3.0, PKP 2.0 yang dilaksanakan pada 13 Januari, kes melonjak sehingga 5,725 pada 30 Januari iaitu lebih kurang dua minggu.

“Barulah (kemudian) kita lihat ada penurunan kes. Begitu juga pada 12 Mei, kita buat PKP 3.0, kes melonjak pada 29 Mei iaitu 9,020 kes.

“Selepas itu kes mula menurun, jadi sekarang ini kita jangka kes akan meningkat kembali kerana usaha pengesanan komuniti giat dijalankan iaitu saringan secara besar-besaran ,” katanya.

Beliau berkata, berikutan situasi COVID-19 yang berlanjutan negara terpaksa mengimbangkan di antara faktor ekonomi dan kesihatan.

“Kalau kita lihat pelaksanaan PKP pada 18 Mac ia dibuat dengan amat ketat hingga negeri yang tiada kes pun tertakluk kepada PKP, contohnya Perlis dan Sarawak.

“Sekarang kita lakukan secara lebih bersasar kepada negeri yang mempunyai risiko tinggi, tetapi negeri yang tiada risiko tetap dikawal sempadan supaya kes jangkitan tidak masuk.

“Apabila (kes) berpanjangan, kita cuba mengimbangkan ekonomi dan kesihatan, tetapi ia memakan masa yang lama,” katanya.

Katanya, situasi itu menyebabkan tekanan khususnya pihak petugas kesihatan kerana tidak dapat mencapai imbangan yang terbaik.

“Itu yang mungkin perlu kita lihat bagaimana boleh dijalankan tindakan bersasar,” katanya.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Jeneral ATM: Perang Covid-19 Sengit Sebab Kurang Penyelarasan, Lambat Bertindak

Seorang jeneral tentera mendakwa ketiadaan tindakan secara menyeluruh dan penyelarasan arahan telah menyumbang kepada persoalan mengapa negara tidak dapat melawan gelombang Covid-19 ketika ini.

Ketua Pengurusan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia, Brigadier Jeneral Dr Mohd Arshil Moideen pada wawancara dengan Astro Awani, juga turut menyebut mengenai kelewatan dalam kawalan, diagnosis dan pengasingan kes Covid-19.

“Apa yang saya nampak ialah ketiadaan ‘unified action’ dan ‘coordination’ daripada ‘top down’.

“Saya memberi komen daripada sudut pandang profesional di mana ada banyak perkara yang telah diputuskan di Pusat tetapi implementasinya di peringkat setiap negeri lain.

“Begitu juga satu negeri implementasinya di setiap daerah lain, ini yang dapat kita lihat apabila ketiadaan ‘unified action’ dan ‘coordination’.

“Dalam sebuah peperangan seperti peperangan melawan Covid-19 kita perlu ada satu ‘line of command single standardize strategy’ yang semua boleh ikut,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Mohd Arshil berkata masalah itu juga disebabkan oleh tindakan kawalan yang tidak cukup pantas.

“Jika di dalam tentera, kita panggil ‘speed of action military precision’.

“Ini adalah sesuatu yang saya tahu sukar dilakukan kerana sama ada kita ketiadaan sumber atau mungkin kekangan tertentu yang kita faham Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi lain hadapi dan sedang berusaha keras, tetapi inilah hakikatnya,” katanya.

Katanya, “contain” diagnosis dan pengasingan kes Covid-19 memerlukan masa dan tidak cukup pantas untuk mengekang penyebaran virus itu di kawasan kes yang terlalu tinggi.

Kes baru terus mencapai rekod tertinggi hari ini – dengan 9,353 kes baru berbanding semalam 9,180 kes.

Lebih daripada 4,000 kes hari ini membabitkan di Selangor.

Dr Jemilah Mahmood, penasihat kesihatan awam khas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, memuji komen Mohd Arshil.

“Tepat dan betul kata tuan,” ciapnya di Twitter.

Setelah Jemliah berkongsi wawancara Astro Awani, netizen bertanya sekiranya Muhyiddin tidak mendengar nasihatnya. Komen Jemilah kemudiannya dipadamkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tak Harapkan DSV, Cik B Guna Duit Sendiri Cari Rumah Bendera Putih Beri Bantuan

Video Lakonan Arwah Benjy Ketika Zaman Kanak-Kanak dalam Filem PEREMPUAN