in ,

Tak Hantar Anak Ke Sekolah, Suhaimi Saad Ajak Anak & Isteri Tubuh Kumpulan Nasyid

Bekas anggota kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi Saad, 41, memilih tampil menyanyi bersama isteri, Ina Naim dan anak-anaknya sebagai kumpulan baharu. Kumpulan nasyid diberi nama Bismillah itu akan muncul dengan sebuah album dan kini masih lagi dalam proses pembikinan.

Biarpun mempunyai pendirian untuk tidak menghantar anak-anak mengikuti sistem pendidikan formal di sekolah, penyanyi Suhaimi Saad nampaknya mempunyai perancangan tersendiri buat masa depan anak-anaknya itu.

Terbaharu, Suhaimi, 41, memaklumkan dia mengajak kesemua anaknya itu untuk mengikuti jejak langkahnya sebagai penyanyi.

Buktinya, bekas anggota In-Team itu bakal tampil dengan sebuah kumpulan nasyid baharu yang dianggotai oleh empat orang anaknya termasuk isteri, Ina Naim.

Tak Hantar Anak Ke Sekolah, Suhaimi Saad Ajak Anak & Isteri Tubuh Kumpulan Nasyid

Menurut Suhaimi, kumpulan nasyid yang menampilkan anak-beranak itu diberi nama sebagai Bismillah. Suhaimi menerusi perkongsian di Instagram berkata, album berkenaan juga sudah boleh ditempah awal kerana terhad dan eksklusif.

“Bismillah. Kami sedang menyiapkan sebuah album gandingan suara Suhaimi Saad, Ina Naim dan anak-anak. Album kumpulan Bismillah ini akan diterbitkan pada awal Ramadan ini. Insya-Allah,”

– Suhaimi Saad

Menurut Suhaimi, album yang mengandungi 10 lagu termasuk sebuah zikir itu akan dijual pada harga RM30 berserta caj penghantaran.

Bismillah.

Kami sedang menyiapkan sebuah album gandingan suara Suhaimi Saad,Ina Naim dan anak anak.

Album kumpulan Bismillah ini akan diterbitkan pada awal Ramadhan depan.in sya Allah.

Mengandungi 10 buah lagu termasuk sebuah zikir.

Hanya RM30 termasuk pos.

Untuk tempahan awal,sila wasap ke 0102769675.

Cepat! Album ini sangat Eksklusif dan Terhad.

Terdahulu, menerusi beberapa hantaran berasingan, Suhaimi turut berkongsi proses rakaman lagu yang sudah mula dilakukan sejak awal bulan ini.

Bahkan, katanya, dengan penubuhan kumpulan tersebut, secara tidak langsung menjadi detik kemunculan semula Ina Naim yang sebelum ini pernah muncul dengan album Duhai Hati pada 2015.

“Ina Naim is comeback,” tulisnya.

Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata aitu Ehmad Hadie Elfardie, 13; Sallman El-Khoyri, 11; Phyrosh Elfadwah, 9, dan Nurlayla Elghufrony, 7.

Difahamkan, Tahun lalu, Suhaimi memaklumkan dia menghidap sakit mata kronik sejak 2019.  Suhaimi dan keluarga kini menetap di Kelantan serta dia turut memerlukan bantuan isteri untuk melakukan urusan harian kerana mengalami masalah penglihatan yang teruk.

Pasangan ini juga mendapat bantuan daripada wakil komuniti Kubang Kerian, Kelantan.

Difahamkan kesemua anak pasangan tersebut menerima pendidikan menerusi home schooling yang mana Suhaimi dan Ina bertindak sebagai pengajar.

Apapun, jom kita sama-sama nantikan kemunculan album mereka itu nanti! Mesti padu!

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Disahkan Positif Covid-19, Isteri Nafi Roy Meninggal Dunia

Kemuncak Pesta Al-Quran Dalam Rancangan Gema Haflah Munajat Di TV Alhijrah