in ,

Kemuncak Pesta Al-Quran Dalam Rancangan Gema Haflah Munajat Di TV Alhijrah

Kitab suci Al-Quran kalamullah bukan sekadar peninggalan Rasulullah SAW semata-mata. Mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW ini terkandung di dalamnya seribu satu penawar yang mampu menghilangkan resah, menyembuhkan duka serta memberi penyelesaian kepada semua permasalah kehidupan.

Agama Islam memberitahu bahawa pembaca Al-Quran yang baik itu bukan sahaja meyebut kalimah Al-Quran dengan betul, namun pada masa yang sama akalnya harus mentadabbur makna dan memahami pengertian, sementara perasaannya turut sama menghayati tuntutan Al-Quran dan khusyuk kepada yang Maha Mencipta.

Maka tidak hairanlah rancangan Haflah yang disiarkan di TV AlHijrah pada Disember lalu selama lapan episod mendapat tempat di hati penonton yang rata-rata merasakan peri pentingnya mempelajari ilmu tarannum sebagai menunaikan hak tilawah Al-Quran sebaiknya. Rata-rata merasakan bahawa rancangan ini harus diteruskan agar malam penonton dihiasi dengan pesta Al-Quran yang mendamaikan.

Poster

Tidak mahu menghampakan penonton, TV AlHijrah bakal menyiarkan rancangan Gema Haflah Munajat yang menjadi kemuncak buat rancangan Haflah yang telah tamat siarannya pada 23 Januari 2021 lalu. Gema Haflah Munajat akan disiarkan pada Sabtu, 30 Januari 2021, tepat jam 9 malam secara siaran langsung (LIVE).

Menerusi Gema Haflah Munajat, hati para penonton akan disirami dan dibajai dengan pembacaan Al-Quran dengan penuh tertib dan menggunakan maqam seni taranum seperti Bayati, Nahawand, Rast, Jiharkah, Sikah dan Hijaz.

Qari Ahmad Tirmizi 2
Qari Ahmad Tirmizi
Qari gema Haflah Munajat Amirahman Abbas
Qari gema Haflah Munajat Amirahman Abbas

Memberikan kelainan pada sesi siaran langsung ini, Gema Haflah Munajat menampilkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai tetamu istimewa yang berperanan sebagai pentausiyah.

Tambah menarik beliau akan bersama barisan Qari kebangsaan seperti Ustaz Ahmad Tirmizi Ali, Ustaz Ahmad Tarmizi Abd Rahman, Dr. Anuar Hasin, Ustaz Wan Ainuddin Hilmi, Ustaz Wan Fakhrul Razi, Ustaz Abdul Khair Jalil, Ustaz Amirahman Abbas dan Ustaz Azraie Dato’ Abdul Hak yang akan mengalunkan bacaan doa-doa yang dipetik daripada surah-surah Al-Quran dengan penuh kelunakan dan tertib. 

Doa-doa ini mampu mendamaikan nurani penonton di saat ketidaktentuan yang berlaku disebabkan kebimbangan terhadap peningkatan penularan pandemik Covid-19.

TV AlHijrah berkeyakinan bahawa rancangan Gema Haflah Munajat mampu memberi nilai tambah di dalam kehidupan seharian penonton serta sesuai dijadikan bahan tontonan hujung minggu seisi keluarga.

Jadi, jangan ketinggalan untuk sama-sama menyaksikan Gema Haflah Munajat di TV AlHijrah pada Sabtu ini, 30 Januari 2021 secara Live bermula jam 9 malam. Ayuh kita jadikan pesta tarannum Al-Quran ini sebagai halwa telinga yang memberi manfaat buat semua.

Pesta Al Quran dalam Gema Haflah Munajat
Kemeriahan tadarrus Al-Quran
Halwa Telinga GHM
GHM TVAH

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tak Hantar Anak Ke Sekolah, Suhaimi Saad Ajak Anak & Isteri Tubuh Kumpulan Nasyid

Suara Jantan Jadi Taruhan, Fariz Kamil Lancar Single Pertama Berjudul TERLUKA