Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in

Tak Dibenarkan Duduk di Restoran, Ramai Pakat ‘order’ Makan Dalam Kereta

Umum mengetahui mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengenai kedai makan yang hanya dibenarkan untuk ‘tapau’ sahaja.

Namun tular di laman Twitter, beberapa pengguna membuat ciapan berkongsi kisah menjadikan kereta sebagai tempat makan selain mudah sekiranya ini ‘order’ banyak kali dari restoran sama.

Terbaru, seorang pengguna bernama @NunNajmeen membuat satu ciapan berkongsi kisah yang sama. Posting itu memperlihatkan antara cara pemilik restoran membawa makanan di atas dulang dan dihantar ke kereta.

Hal ini untuk memastikan perniagaan yang dijalankan masih mampu beroperasi selain bagi membendung pandemik Covid-19 daripada merebak.

“Pekerja bawa makanan dan minuman atas dulang dan bawa ke kereta. Sekarang makin banyak kedai makan berhampiran rumah saya yang buat macam ini,” 

Perkongsian gadis tersebut menerima pelbagai respon daripada warganet yang rata-rata turut memuji langkah yang digunakan oleh pemilik kedai makan tersebut.

Wah! menarik juga ya idea macam ini. Sekurang-kurangnya masih ada yang singgah di kedai makan dan sekali gus mampu menolong para peniaga untuk mencari rezeki.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version