in , ,

Tajuk Berbaur Fitnah, Syamsul Yusof Hilang Sabar, Bakal Saman Youtuber

Pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusuf naik berang dan hilang sabar dengan sebuah saluran YouTube yang menggambil kesempatan di atas isu rumahtangganya dengan menggunakan tajuk berbaur fitnah semata-mata untuk menaikkan view dan rating di Youtube. Isu tercetus apabila saluran Cabik Geronong Channel telah meletakkan tajuk berjudul ‘TAK SANGKA! Rupanya Syamsul Yusof Curang dengan Puteri Sarah’ membuatkan rasa kurang senang Syamsul.

Pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusuf naik berang dan marah dengan sebuah saluran YouTube yang menggambil kesempatan di atas isu rumahtangganya dengan menggunakan tajuk berbaur fitnah semata-mata untuk menaikkan view dan rating di Youtube. Isu tercetus apabila saluran Cabik Geronong Channel telah meletakkan tajuk berjudul ‘TAK SANGKA! Rupanya Syamsul Yusof Curang dengan Puteri Sarah’ membuatkan rasa kurang senang Syamsul.

Syamsul telah memuatnaik sebuah video pendek di ruangan IG TV di Instagram miliknya untuk memberitahu beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap saluran berkenaan.

“Anda semua nak main-mainkan saya kan? Berani tulis tajuk macam ini hanya untuk mendapatkan views di YouTube. Saya dah semak dan saluran ini adalah dari Malaysia dan kita akan dapatkan dia punya id.

“Too much brother. Jangan main-main dengan nama saya. Please stop playing aroung with my f******g name bro.

“Sekarang ini dekat saluran YouTube saya tahu anda semua nak dapatkan views apa semua, saya tahu itu kerja anda tapi tolong hormati orang dan juga artis. 

“Mereka ada keluarga juga, saya ada anak-anak. Saya dapat Cabik Geronong Channel, nama saluran pun macam apa tah dia tulis tajuk yang boleh membawa fitnah, boleh membawa kepada kepincangan keluarga saya lagi,” katanya.

Tegas Syamsul lagi, tindakan tidak bertanggungjawab pihak saluran itu boleh membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.

“Seperti yang saya cakap, saya tidak akan berdiam diri lagi. Saya akan saman anda, saya jumpa anda di mahkamah.

“Ini bukan sebab duit, nak kasi ajar sikit. Kalau ada artis-artis lain sebelum ini pernah kena kalau diorang tak berani saman ke ha ni Syamsul saman kau sekarang ni.

“Saya tak main-main dan tolonglah respek orang lain. Orang tengah ada masalah sekarang ni dan korang nak fikir tentang korang punya views, kau tak fikir orang punya perasaan. Kau nak buat macam ni, okay see you in courtlah.

“Saya akan dapatkan peguam terbaik. Seriously bro, too much! Orang pun ada perasaan juga, come onlah respek people.

“Saya hormat anda, anda hormat saya. Saling menghormati, jangan buat kami, artis Malaysia ni like shit man. Malas cakaplah, see you in court!,”

– Syamsul Yusof

Terdahulu, media melaporkan kelibat Puteri Sarah berjubah dan bertudung hitam menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di kawasan pejabat agama.

Malah, Puteri Sarah bersama ibu mentuanya dikatakan masuk ke bahagian undang-undang keluarga meskipun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar kehadirannya itu.

Puteri Sarah juga sempat menimbulkan tanda tanya saat memuat naik kenyataan berkaitan curang di InstaStorynya baru baru ini.

Selain itu, di Instagram Syamsul juga kali terakhir dia memuat naik foto bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu, manakala, foto bersama Puteri Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu.

Pasangan Syamsul dan  Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

Kredit Foto: Instagram @syamsulyusoffilm

*Sumber: Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fattah Amin | 20

Murahlah! TGV Cinemas Tawar Harga Tiket Wayang Hanya RM9 Sahaja

Anak Muda | 21

Anak Muda Bantu Pelajar di Malaysia Mengharungi Wabak Covid-19