in ,

Murahlah! TGV Cinemas Tawar Harga Tiket Wayang Hanya RM9 Sahaja

Sekarang ada macam-macam juga filem terbaik sedang ditayangkan di pawagam. Antaranya filem tempatan seperti Miimaland lakonan Fattah Amin dan filem antarabangsa yang lain seperti Unhinged, Deliver Us From Evil dan banyak lagi.

Berita baik untuk anda yang bergelar ‘kaki wayang’! TGV Cinemas telah mengadakan promosi pembelian tiket wayang dengan hanya RM 9 sahaja.

Tapi bukan untuk setiap hari, sebaliknya promosi ini adalah untuk pada hari Selasa sahaja bermula pada 29 September 2020 hingga 27 Oktober 2020. Benar! Ini bermakna anda boleh dapatkan promosi ini selama sebulan!

Tgv Cinemas

Promosi yang dinamakan sebagai Terrific Tuesdays ini boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia di semua cawangan TGV untuk Classic, Deluxe dan Deluve+ Halls.

Namun diingatkan, harga RM9 hanya untuk filem terpilih sahaja dan promosi tidak tersedia untuk pawagam jenis IMAX, Onyx, Flexound, LUXE, Beaniplex, Plushy, INDULGE, Infinity, Prestige. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adi Putra 2020 | 21

Sinopsis Drama Bersiri BICARA CINTA Lakonan Adi Putra, Emma Maembong & Azrel Ismail

Syamsul Yusof | 22

Tajuk Berbaur Fitnah, Syamsul Yusof Hilang Sabar, Bakal Saman Youtuber