in , ,

Taiwan Sebuah Destinasi Percutian Yang Paling Mesra Muslim di Dunia!

Taiwan kini menjemput anda semua untuk bercuti dengan menikmati lokasi unik dan mesra Muslim. Kini, pelbagai usaha untuk mengajak lebih ramai pelancong Islam dari Malaysia dan Brunei menjelajahi Taiwan dengan lebih mendalam pada tahun 2023.

Budiey berpeluang untuk mengembara ke Taiwan bagi merasai sendiri dan meneroka permata terpendam pulau menakjubkan ini selama 6 hari bersama beberapa rakan media yang lain. Ternyata satu lawatan yang berbaloi dan menyeronokkan. 

Jika anda ke sana, jangan lupa untuk mendokumentasi pengalaman anda dengan mengabadikan gambar untuk kenangan. 

Hehuansan - Sunrise

Antara tempat yang dilawati ialah Landasan Kereta Api Hutan Alishan di Wilayah Chiayi di mana kita dapat menikmati perjalanan kereta api yang penuh panorama dengan pemandangan mengagumkan hutan pokok buluh dan angin bayu semula jadi yang menenangkan. 

Dibina pada 1899, landasan tersebut melalui iklim dan rupa bumi berbeza-beza, menjadikan ia kaedah terbaik bagi menikmati keindahan semula jadi Taiwan yang memukaukan. 

Selain tarikan kereta api, terdapat banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan oleh pelancong di Alishan seperti mendaki gunung, menghayati detik matahari terbit, menyirup teh Taiwan berkualiti tinggi, atau sekadar menikmati alam semula jadi untuk segar semula. 

Untuk pelancong yang datang dari arah Taipei, perjalanan dari Stesen Utama Taipei menggunakan Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ke Chiayi akan mengambil masa kira-kira 1 jam dan 40 minit. 

Alishan - Old Train

Kemudian, naik kenderaan shuttle untuk ke Stesen Bas Chiayi untuk mengikuti perjalanan bas selama 2.5 jam ke Alishan. Ia sudah tentunya permata yang cukup berharga untuk melawat terutama bagi orang-orang yang sering sibuk dan mahu lari dari hiruk-pikuk kota raya. 

Mengenai makanan terutama pencuci mulut yang lazat, Taiwan adalah tempatnya. Inilah tempat asal makanan pencuci mulut yang sangat digemari ramai seperti teh boba (bubble tea), minuman jeli lemon (ai-yu-ping) dan ais batu campur mangga (mango shaved ice). 

Taiwan Destinasi Percutian Yang Paling Mesra Muslim Di Dunia!

Terdapat banyak lagi makanan lazat untuk diteroka di Taiwan daripada sekadar tiga pencuci mulut terkenal itu. Satu daripadanya ialah krepe kacang tradisional Taiwan, disajikan dengan air krim yang enak. Kombinasi ini adalah sempurna untuk dinikmati di dalam apa sahaja cuaca! 

Bagi pelawat yang mahukan roti, Roti Horns mesti dicuba rasa. Sebagaimana namanya, ia berbentuk seperti tanduk – ia menyerupai croissant tetapi teksturnya lembut, gebu. Makan begitu sahaja atau isikan dengan pelbagai pilihan manisan atau perisa, roti berbentuk tanduk ini akan memuaskan semua orang termasuk yang paling cerewet. 

Taiwan Destinasi Percutian Yang Paling Mesra Muslim Di Dunia!

Taiwan mempunyai banyak tempat yang tidak diketahui kerana tidak tercatat di dalam peta pelancongan yang sarat. Banyak keajaiban semula jadi dan pasaran merupakan destinasi hebat bagi pengembara, daripada keluarga hingga sekumpulan sahabat atau juga berdua sahaja. 

Apabila berbicara tentang Taiwan, yang sering digambarkan adalah menara antara yang tertinggi di dunia  – Taipei 101 serta destinasi membeli-belah fesyen yang terkini atau “trendy”. Hakikatnya, terdapat satu keistimewaan yang tidak ramai sedari – Taiwan merupakan antara negara bukan Islam yang paling mesra Muslim di dunia!

Lih Bao Taichung - Theme Park

Secara kasarnya, kelebihan Taiwan sebagai destinasi percutian boleh dibahagikan kepada empat kategori :

Mesra Muslim –  terdapat lebih kurang 60,000 penduduknya yang beragama Islam, dan ini tidak termasuk pekerja asing dari negara-negara Islam – sudah pasti anda mampu menjumpai restoran halal dimana sahaja – restoran Indonesia, Arab, India, Cina Muslim (pastikan anda mencuba mee daging di Taipei!) dan juga gerai-gerai yang jual snek & minuman seperti bubble tea dan ais kisar yang halal. Taiwan juga diiktiraf sebagai “Destinasi Inklusif Tahunan (bukan OIC) dalam majlis “Anugerah Pelancongan Halal 2022”!

Romantis – Kenaikan di sungai dengan hembusan bayu sejuk yang menyegarkan. Permandangan indah matahari terbit dan terbenam yang mengasyikkan. Pilihan juadah enak untuk makan malam berlatar belakangkan keindahan alam, atau kecanggihan metropolitan. Taiwan sememangnya bagai syurga buat mereka yang bercinta – ayuh, semarakkan lagi kisah cinta anda bersama pasangan!

Trendy – Sesuai dengan imejnya sebagai “Jantung Asia”, Taiwan menawarkan pelbagai tarikan terkini dan “trendy” pada harga yang menarik buat pelancong. Terdapat pelbagai destinasi membeli-belah – semuanya menjanjikan fesyen, gajet – malah mainan yang terkini!

Kaohsiung - City

“Vibrant” & Ceria – kunjungi lokasi-lokasi yang memiliki bangunan dengan rekabentuk unik, mengagumkan, serta dengan persekitaran berwarna-warni! Nikmati juga keunikan juadah yang ditanam di sekitar tempat penginapan anda sendiri, termasuk bunga-bungaan yang boleh dimakan! Atau selami gaya hidup di ladang ternakan yang diselubungi kabus serta pemandangan matahari terbit menakjubkan! Nikmati juga gaya hidup metropolitan dengan kecanggihan transportasi serba moden seperti tren berkelajuan tinggi di Taipei dan sebagainya!  

Kaohsiung - Lrt

Dapatkan lebih maklumat tentang Salam Taiwan Taiwan melalui akaun Facebook rasmi Tourism Bureau, YouTube and website. 

Layari website rasmi Taiwan Tourism Bureau https://www.taiwan.net.my/https://www.taiwan.net.my/ atau Facebook https://www.facebook.com/tbrockl/ atau hubungi 03-2070 6789 dari 9:00am – 5:30pm.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Inteam

Video Muzik Selimut Kasih Untuk Misi Kemanusiaan Peduli Insan Dilancarkan

Astro

Yeay! Kini Dah Ada Empat Aplikasi Penstriman Baharu di Astro Ulti Box