in , ,

Yeay! Kini Dah Ada Empat Aplikasi Penstriman Baharu di Astro Ulti Box

* iQIYI, TVBAnywhere+, beIN SPORTS CONNECT dan BBC Player boleh dinikmati di Ulti Box. * Antara Muka Pengguna dan pelbagai ciri Astro Baharu untuk Ultra/Ulti Box dan Astro GO!

Sejajar dengan janjinya untuk memberikan pengalaman tontonan terbaik kepada para pelanggan, Astro dengan terujanya memperkenalkan aplikasi iQIYI, TVBAnywhere+, beIN SPORTS CONNECT dan BBC Player di Ulti Box supaya pelanggan dapat strim lebih banyak acara sukan global secara SIARAN LANGSUNG dan hiburan Asia kegemaran mereka termasuk drama dan filem Korea, Cina dan Hong Kong, program British terbaik, kegemaran tempatan dan anime di TV mereka mulai hari ini.

Kini Dah Ada Empat Aplikasi Penstriman Baharu di Astro Ulti Box

Pelanggan Ulti Box kini boleh menonton Original Sorry Naik Lori yang popular dan drama Cina, New Life Begins di iQIYI, A Perfect Man di TVBAnywhere+; kandungan sukan seperti Ligue 1, La Liga dan Tenis Terbuka Australia di beIN SPORTS CONNECT dan kandungan British seperti Strictly Come Dancing di BBC Player dengan mengakses aplikasi ini melalui rel “Aplikasi” di Halaman Utama mereka.

Kini Dah Ada Empat Aplikasi Penstriman Baharu di Astro Ulti Box

Akses kepada aplikasi ini pada Ulti Box bergantung pada langganan anda seperti di bawah:

AplikasiAkses
beIN SPORTS CONNECTPek Sports, Sports Plus, Premium 1, Premium 2 atau Platinum
TVBAnywhere+Pilihan Kegemaran Cina di Pek Entertainment, Entertainment Plus, Premium 2, Premium 3 atau Platinum Pack
BBC PlayerPek Pelbagai, Berita dan Dokumentari di Entertainment, Entertainment Plus, Premium 2, Premium 3 atau Platinum
iQIYILangganan ala carte untuk hanya RM8.90/sebulan (eksklusif kepada pelanggan Astro) atau langganan VIP Premium untuk RM12.90/sebulan

Selain daripada memperkenalkan 4 aplikasi ini di Ulti Box, Astro juga telah memperkenalkan kemas kini lain untuk Astro Box dan Astro GO:

Kini Dah Ada Empat Aplikasi Penstriman Baharu di Astro Ulti Box

Antara Muka Pengguna yang Diubahsuai

Keseluruhan antara muka pengguna pada Astro Box dan Astro GO telah dipermudahkan dengan penampilan yang lebih anggun dan mesra untuk menyerlahkan kandungan-kandungan yang termasuk reka bentuk semula poster, akses lebih mudah kepada francais filem popular dan program langsung dari Halaman Utama, kursor baharu, akses lebih pantas ke Panduan TV dan butang “Lihat semua” pada baris tajuk untuk membolehkan anda melihat semua kandungan yang anda suka.

Kemas Kini di Astro GO

Dengan Mod Picture-in-Picture baharu, pengguna kini boleh terus menonton rancangan kegemaran mereka dalam floating player yang lebih kecil walaupun semasa mereka menggunakan aplikasi lain pada peranti mudah alih mereka. Selain itu, Mod Interaktif kini akan dilancarkan secara automatik untuk Liga Perdana dan Liga Juara-Juara UEFA supaya pengguna boleh mengakses sorotan segera, statistik perlawanan, statistik pemain dan jadual perlawanan akan datang tanpa perlu memulakannya secara manual.

Kemas kini lain di Astro GO termasuk bar menu bawah baharu dalam aplikasi untuk akses lebih pantas kepada beribu-ribu kandungan dan keterlihatan lebih baik bagi baris tajuk yang ditampilkan seperti “Acara Langsung”.

Untuk maklumat lanjut tentang iQIYI, TVBAnywhere+, beIN SPORTS CONNECT dan BBC Player sila layari product.astro.com.my/apps. Nikmati lebih banyak penjimatan dan strim semua kandungan kegemaran anda apabila anda mendaftar untuk tawaran pakej TV kami dengan melayari astro.com.my/tv.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SALAM TAIWAN

Taiwan Sebuah Destinasi Percutian Yang Paling Mesra Muslim di Dunia!

SALAM TAIWAN

Lima Fakta Tentang Islam di Negara Taiwan Yang Anda Perlu Tahu