in ,

Tahniah! PU Riz Dilantik Jadi Pensyarah Kanan

Semalam perkongsian pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar kad kakitangan sebuah pusat pengajian.

Menurut PU Riz, dia dilantik sebagai Pensyarah kanan bagi program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di Fakulti Pengajian Antarabangsa, Kolej Antarabangsa Inovatif.

Kata PU Riz lagi, lantikan itu adalah secara kontrak selama setahun berkuatkuasa pada 1 Februari lalu. Selain bergelar pensyarah, dia juga bertanggungjawab mempromosikan kursus tersebut.

“Kolej ini diselia oleh YEG Academy (M) Sdn Bhd. Insya-Allah bakal bertukar status universiti tahun depan. Sebelum ini mereka melantik PU Amin, terbaharu saya pula.

“Selain menjalankan tugas sebagai pensyarah kanan, saya juga bertanggungjawab dari segi pemasaran untuk mempromosikan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah ini. Ia sesuatu yang baharu dan diiktiraf MQA,” katanya.

Dalam pada itu, PU Riz turut berharap lebih banyak lagi institusi pengajian tinggi (IPT) menawarkan kursus serta dapat melahirkan mutawif berkualiti.

“Program ini mendapat sambutan baik. Alhamdulillah semua okay. Harapnya universiti lain wujudkan program sebegini. Banyak impak.

“Kalau umrah okay lagi, tapi ibadat haji ini yang susah sikit. Ada banyak jenis haji yang perlu kita ketahui. Orang kena tahu sebab perjalanan haji ini panjang. Perlu ada kepakaran untuk mereka uruskan haji,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khai Bahar Menang Di JOOX Top Music Awards Malaysia 2021

Zulin Aziz Sah Jadi Isteri Farhan, Terima Wang Hantaran RM30,000