in ,

Tahniah! Les’ Copaque Raih Anugerah Antarabangsa Made For The World

Syarikat produksi animasi tempatan, Les’ Copaque Productions Sdn Bhd diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat terbaik dari Malaysia pada Persidangan dan Anugerah Antarabangsa ‘Made For The World’ di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Les’ Copaque dalam kenyataan, pengiktirafan tertinggi itu diberikan bagi meraikan wira-wira ekonomi dalam kalangan pemain industri yang mampu bertahan menjalankan operasi perniagaan dan membantu menggerakkan ekonomi walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19 melanda dunia ketika ini.

Pencapaian syarikat itu dinilai berdasarkan prestasi mereka sepanjang tahun 2019 dan 2020 yang kekal dominan menakluk siaran di stesen televisyen tempatan dan juga antarabangsa seperti di negara Asia Tenggara lain melalui Disney Channel Asia, serta di Turki.

Upin &Amp; Ipin Dilantik Duta Japan Halal Expo 2014

Selain itu, syarikat tempatan lain seperti Xmegami Sdn Bhd dan Red Wheels Trading turut disenaraikan sebagai antara penerima anugerah ‘Made For The World’ 2020 yang diiktiraf bagi pemilihan sesi pertama.

Menurut kenyataan itu lagi, Persidangan dan Anugerah Antarabangsa ‘Made For The World’ dianjurkan hasil inisiatif penerbitan media NiagaTimes dengan kerjasama Top 10 of Asia sebagai program mengangkat pencapaian serta sumbangan usahawan yang giat menjalankan perniagaan secara e-dagang, koperasi, dalam talian dan eksport untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Penyertaan untuk pemilihan Sesi Kedua masih berjalan dengan mengetengahkan 15 kategori utama dan 10 kategori koperasi, sementara pemilihan syarikat masih dibuka dengan permohonan boleh dibuat menerusi e-mel support@niagatimes.com.

Sumber: BERNAMA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazura 2020 | 17

Pandangan Tepi Pun Jadilah, Peminat Teruja Fazura Kongsi Foto Terkini Fatima Aisya

Adam Kaktus | 18

NSR Perkenal Bakat Baharu Adam Kaktus Dengan Single RAMA-RAMA