in , ,

NSR Perkenal Bakat Baharu Adam Kaktus Dengan Single RAMA-RAMA

New Southern Records Sdn Bhd (NSR) sering memperkenalkan bakat baharu dengan genre muzik yang berbeza buat pendengar muzik di Malaysia. Kali ini, NSR membawakan Adam Kaktus yang baru sahaja meluncurkan single bertajuk Rama-Rama.

Melihat pada nama uniknya, Adam Kaktus, pasti ramai yang ingin mengetahui mengapa dia memilih nama itu sebagai nama pentasnya. Menurut Adam, Kaktus sifatnya berduri di luar, tetapi isi dalamnya adalah lembut. “Bukan itu sahaja, saya mendapat ilham untuk meletakkan nama Kaktus setelah mendengar lagu Jacques Dutronc – Les Cactus yang dinyanyikan semula oleh Last Shadow Puppets (Alex Turner side project).

“Kaktus juga boleh bertahan di padang pasir dengan jangka masa yang lama walaupun tiada air.” 

“Saya berharap saya mampu menjadi Kaktus, mampu bertahan dalam industri satu jangka masa yang panjang,”

– Adam Kaktus

Adam Kaktus mula meminati bidang muzik pada usia 14 tabun dengan memasuki beberapa pertandingan nyanyian.

Menurut Raja Muhammad Nazreen bin Raja Azahar, Pengurus A&R, pemilihan Adam Kaktus untuk menjalin kolaborasi adalah kerana karakter vokalnya dan diri Adam itu sendiri yang sangat unik. NSR juga ingin keluar dari zon selesa genre muzik dibawah naungan NSR. Muzik yang Adam bawa ini lebih ke arah muzik baru dan bagi NSR, Adam merupakan seorang streaming artist.

Adam Kaktus

Adam mempunyai pengikut dan peminatnya tersendiri dan bagi zaman perniagaan muzik era digital sekarang ini, Adam merupakan artis yang sangat releven untuk dipasarkan.

Menurut pemilik nama Muhammad Adam Zawahir ini, lagu Rama-Rama menceritakan tentang seorang wanita berasal dari Singapura yang bekerja kuat setiap hari dia untuk menyara kehidupannya. Dia tidak memerlukan perhatian masyarakat kerana dia tahu dirinya mempunyai keunikan dan kecantikan tersendiri.

Adam Kaktus

Lagu yang menampilkan konsep Lo-fi / Bedroom Pop yang bermaksud sesebuah irama yang dihasilkan dengan menggunakan alatan muzik yang murah dan lagu yang dibuat dengan alatan yang mampu milik dan tidak menggunakan studio yang besar. Di luar negara, konsep sebegini sering mendapat tempat untuk penyanyi-penyanyi muda berkarya.page1image5708736

Adam Kaktus

Sebelum ini, graduan bidang Undang-Undang daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini pernah muncul dengan 3 buah single. Pertama, Adam tampil dengan lagu Sajak Cinta yang menampilkan genre indie pop. Kemudian, lagu kedua Adam adalah merupakan sekuel lagu pertama yang berjudul Sajak Curang. Lagu tersebut membawa nuansa Doo Wop/Pop Yeh-Yeh dan lagu ketiga Adam yang bertajuk Dalam Tidurku pula membawa tema Pop Alternatif. Melalui Rama-Rama, Adam berharap agar muziknya dapat diterima oleh pendengar-pendengar arus perdana dan seterusnya menjadi salah seorang penyanyi dan komposer yang disegani di Malaysia.

Rama-Rama boleh didengari disemua platform penstriman lagu dan YouTube NSR.

What do you think?

75 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tahniah! Les’ Copaque Raih Anugerah Antarabangsa Made For The World

Ini 10 Program Terbaik Sempena Sambutan Deepavali 2020 di TV2