in , ,

Les’ Copaque Muncul Saluran YouTube Pertama Malaysia Terima Diamond Play Button

Tahniah! Produksi Les’ Copaque telah mengumumkan saluran YouTube milik mereka layak menjadi penerima pertama anugerah The Diamond Play Button dalam kalangan pencipta kandungan tempatan. Satu pencapaian yang hebat dan menjadi inspirasi buat semua Youtuber di Malaysia.

Les’ Copaque mula ditubuhkan pada tahun 2005 dengan melancarkan siri animasi kesukaan ramai iaitu Upin & Ipin. Dari tahun ke setahun, syarikat ini nampaknya tidak menoleh kebelakang lagi dalam mencipta pelbagai sejarah dan anugerah.

Terbaharu, Les’ Copaque tampil dengan sebuah perkongsian di Facebook dalam mengongsikan pencapaian terbaru mereka dengan meraih 10 juta subscribers di YouTube sekaligus menjadi channel YouTube pertama Malaysia menerima Diamond Play Button daripada YouTube.

Tahniah! Les' Copaque Muncul Saluran YouTube Pertama Malaysia Terima Diamond Play Button

Syarikat animasi terbabit berkata, mereka berada dalam kelompok berkenaan selepas saluran yang memaparkan kandungan kisah berasaskan Upin dan Ipin itu menerima 10 juta pelanggan.

“Kami adalah saluran YouTube Malaysia pertama di Malaysia yang mempunyai 10 juta pelanggan dan bakal dianugerahkan The Diamond Play Button.

“Terima kasih seikhlasnya dari lubuk hati kami kepada peminat yang tidak henti-henti menyokong dan yakin kepada kami,”

– Les’ Copaque
Tahniah! Les' Copaque Muncul Saluran YouTube Pertama Malaysia Terima Diamond Play Button

Dalam meraikan kejayaan meraih 10 juta subscribers di YouTube, channel Les’ Copaque turut menjalankan countdown serta yang turut membuatkan para penonton teruja dengan kejayaan syarikat ini.

Pengasas Les’ Copaque, Burhanuddin Md Radzi, turut berkongsi berita gembira berkenaan.

“Terima kasih untuk 10 juta pelanggan Diamond Play Button Award,”

– Burhanuddin Md Radzi
Tahniah! Les' Copaque Muncul Saluran YouTube Pertama Malaysia Terima Diamond Play Button

Anugerah Pencipta YouTube – atau dikenali sebagai YouTube Play Button – adalah rangkaian hadiah dari platform berkenaan bertujuan mengiktiraf salurannya yang paling popular. 

Kiraan dibuat berdasarkan jumlah pelanggan sesebuah saluran dan ditawarkan mengikut budi bicara YouTube.

Bagi kategori The Diamond Play Button, ia dianugerahkan selepas jumlah pelanggan mencapai atau mencecah 10 juta.

Selain The Diamond Play Button, terdapat beberapa lagi anugerah seperti The Silver Play Button untuk pelanggan mencecah atau melebihi 100,000, The Gold Play Button (sejuta) dan The Custom Play Button (50,000,000).

Berdasarkan laporan laman sesawang Social Blade, Les’ Copaque berada di tangga pertama daripada 250 saluran tertinggi di Malaysia, mengatasi saluran YouTube Didi & Friends – Lagu Kanak Kanak dengan hampir 4 juta pelanggan.

Tahniah diucapkan di atas pencapaian yang diperoleh pihak Les’ Copaque serta para pekerja yang berusaha keras memajukan industri animasi tempatan serta berjaya menghasilkan sebuah siri animasi kesukaan ramai kanak-kanak bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia.

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Betul Ke Rekaan Sony PS5 Tertiris Sebelum Pelancaran Rasmi?

Pak Long Mail Akui ‘Nervous’ di Hari Pertama Sidang Media Harian PKP