in , ,

Betul Ke Rekaan Sony PS5 Tertiris Sebelum Pelancaran Rasmi?

Setelah lama dinantikan para peminat, nampaknya berbaki beberapa jam sahaja lagi sebelum Sony mengumumkan konsol generasi terbaru mereka iaitu Sony PlayStation 5.

Dalam pada itu, siapa sangka rekaan konsol yang menjadi tanda tanya para peminat telah tertiris sebelum pelancaran rasmi. Menerusi sumber daripada LetsGoDigital, beberapa gambar memperlihatkan rekaan Sony PS5 beserta DualSense telah dikongsikan sekaligus membuatkan para peminat teruja.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, Sony PS5 dijangka hadir dengan gabungan dua warna berbeza beserta lampu LED yang membuatkan konsol ini tampil futuristik dan menarik.

Betul Ke Rekaan Sony Ps5 Tertiris Sebelum Pelancaran Rasmi?

Mengulas dari segi prestasi, pihak Sony telah mengesahkan PS5 dijangka 100 kali ganda lebih pantas berbanding PS4. Selain itu, dijangka lebih 4,000 game daripada PS4 sedia untuk dimainkan pada konsol terbaru Sony ini. Menarik bukan?

Betul Ke Rekaan Sony Ps5 Tertiris Sebelum Pelancaran Rasmi?

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi menerusi atur cara Sony yang bakal berlansung pada pagi ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rekaan, spesifikasi serta harga yang bakal diumumkan bagi Sony PS5.

Betul Ke Rekaan Sony Ps5 Tertiris Sebelum Pelancaran Rasmi?

Tanda harga bagi Sony PS5 pastinya antara yang menjadi tanda tanya selepas CEO Sony sebelum ini memberi bayangan konsol ini tidak akan ditawarkan dengan harga yang murah.

Sumber: Vocket

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dafi 2020 | 17

Ismail Sabri Sebagai ‘Paklong Mail’, Dafi Tampil Beritahu Gelaran Sebenar Ayahnya

Les Copaque Burhanuddin Ipin | 18

Les’ Copaque Muncul Saluran YouTube Pertama Malaysia Terima Diamond Play Button