in , ,

Tahniah! Lagu Gila dendangan Kaka Azraff, Loca B & Noki Dijulang Juara Anugerah Juara Lagu AJL35

AJL kali ini mempunyai keunikannya yang tersendiri apabila berlangsung tanpa penonton biarpun acara hiburan sudah boleh dihadiri khalayak.

Selepas sekian lama Anugerah Juara Lagu (AJL 35) dinantikan peminat, akhirnya anugerah muzik berprestij ini dapat ditonton pada malam ini. Saban tahun, kita dapat menyaksikan ramai penyanyi hebat tanah air yang bakal dinobatkan sebagai pemenang dalam pelbagai kategori.Anugerah Juara Lagu ini ramai tahu bahawa bukan penyanyi sahaja diraikan malah anugerah ini turut mengangkat martabat composer dan penulis lirik.

Lagu Gila dendangan Kaka Azraff, Loca B dan Noki diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam tadi.

Kemenangan lagu ciptaan Ezra Kong, Noki dan Loca B itu melayakkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.

Naib juara AJL35 menjadi milik lagu Semalam nyanyian dan ciptaan Aina Abdul menyaksikannya membawa pulang trofi dan wang tunai RM35,000.

Menduduki tempat ketiga pula lagu Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong nyanyian Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita. Kemenangan itu melayakkan mereka memenangi trofi dan wang tunai RM20,000.

Suara penuh emosi Ernie Zakri mendendangkan lagu Gundah ciptaannya dan Sharon Paul membawa tuah apabila diumumkan pemenang trofi Vokal Terbaik dengan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Seterusnya, ​kategori Persembahan Terbaik pula menerima trofi dan wang tunai RM12,000 serta baucar McDonald’s Malaysia selama setahun menjadi milik Zizi Kirana menerusi lagu Eh.

Lagu lain yang turut bertanding adalah Kau Sakiti dendangan Amir Masdi, Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter).

Turut bersaing, 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta), Hati (Hael Husaini), Peluang Kedua (Nabila Razali), Semalam (Aina Abdul) dan Hutang (Floor 88).

Persembahan 12 finalis AJL35 diadili oleh 10 juri profesional yang diketuai oleh ​Datuk Mokhzani​. Juri lain termasuklah Azmeer, Ajai, Datuk Syafinaz Selamat, Edrie Hashim, Helen Yap, AG Coco, LY, Datuk Acis dan Lukhman S.

Menjadi persembahan pembuka bagi Anugerah Juara Lagu (AJL 35), Zizi Kirana membuat persembahan lagunya yang berjudul Eh iaitu hasil komposer daripada Navigator dan Zizi Kirana manakala lirik pula daripada Mambang dan Zizi Kirana.

Umum diketahui, lagu Eh nyanyian Zizi Kirana ini antara lagu yang cukup popular pada tahun lalu dan menjadi bualan ramai dengan lirik lagunya. Walau bagaimanapun, ternyata penyanyi terkenal ini tidak mengecewakan peminatnya meskipun membuat persembahan pertama di pentas AJL 35.

Selepas persembahan Zizi Kirana dipuji ternyata persembahan seterusnya dilakukan oleh Shiha Zikir bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta bagi menyanyikan lagu berjudul 7 Nasihat tak kurang hebatnya.

Sehingga orang ramai mula membanjiri ruangan komen di Instagram selepas persembahannya dikongsikan. Shiha Zikir umum diketahui merupakan penyanyi yang menjadi pengganti kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza tetapi ternyata, nyanyian dan suara dia nampaknya membuatkan peminat berpuas hati.

Ini kerana, nyanyian Shiha Zikir bersama penampilannya menarik perhatian umum sehingga persembahan 7 Nasihat bersama dikatakan bakal diumumkan sebagai juara AJL 35 malam ini. Tapi nasib tidak menyebelahi lagu dan juga persembahan ini.

Perkongsian di Instagram TV3 Malaysia ternyata mendapat komen positif ramai yang memuji persembahan lagu terbabit dan rata-rata netizen nampaknya berpuas hati selepas melihatnya.

Penghakiman dilakukan berdasarkan markah 80 peratus diadili terlebih awal iaitu dari segi melodi, lirik, vokal, produksi dan susunan dalam rakaman, manakala baki 20 peratus melalui persembahan, vokal termasuk susunan muzik secara langsung pada malam kemuncak.

Anugerah ini juga mempertaruhkan sebanyak 12 karya dan turut dihangatkan dengan selebriti Awal Ashaari, Shery Alhadad dan Haziq Hussni sebagai pengacara.

Malam kemuncak AJL35 turut diserikan dengan persembahan pembuka tirai oleh Ratu Rock, Ella bersama Naim Daniel dan Yonnyboii.

Selain itu, buat kali pertama, lagu istimewa nyanyian Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique yang berjudul Baik Semula dipersembahkan. Lagu berkenaan berkisar situasi semasa pandemik COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia.

Kemudian, segmen interlude pula mengetengahkan persembahan bertemakan Projek Band menampilkan Hujan, Hazama & The Penglipur Lara dan Akim & The Majistret. 

Semua kumpulan mempersembahkan aksi medley dan ‘mash up’ lagu-lagu terbaik, bergandingan dengan Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan Ziana Zain.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Adakah tekaan anda tepat untuk keputusan AJL 35 malam ini?

Juara: Gila – Noki, Loca B & Kaka Azraff

Naib Juara: Semalam – Aina Abdul

Tempat Ketiga: Belenggu Rindu – Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah

Vokal Terbaik: Gundah – Ernie Zakri

Persembahan Terbaik: Eh – Zizi Kirana

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anugerah Juara Lagu 35 Akhirnya Berlangsung Memperjuang Semangat Positif

‘You Did Well!’ Neelofa Puji Nabila Razali Walaupun Dikecam oleh Netizen Gara-Gara Terkucil