in

TAHNIAH! Jaclyn Victor Kini Di Bawah KRU Studios

Hanya tinggal 4 hari lagi untuk kita melihat sebuah lagi lagu ditakhtakan sebagai Anugerah Juara Lagu. Peminat dah tak sabar-sabar untuk menonton AJL26. Dengar ceritanya, tema kali ini agak unik dan tak pernah dibuat orang. Ia menyelitkan tema AIR yang sememangnya satu unsur penting dalam kehidupan. Dari segi irama dan muzik, air juga ada kepentingannya. Pada pendapat anda semua, apa kaitan atau relevan AIR dengan muzik?

Dalam banyak-banyak finalis, terselit nama Jaclyn Victor yang akan mendendangkan sebuah lagu dari ciptaan Edry Abdul Halim berjudul Sedetik Lebih. Seperti kena dengan masanya, penyanyi bersuara lantang ini telah menerima lamaran dari KRU Studios untuk bernaung di bawah syarikat gergasi itu.

Dalam pada itu, masih ramai yang bertanyakan pada Budiey, mengapa Anuar Zain tidak menyanyikan lagu itu di pentas AJL26? Rasanya, isu ini dah pun dibahaskan dalam entri-entri yang lepas. Korang carilah sendiri ya.

Oh ya, Jaclyn Victor juga akan bergabung bersama Ning Baizura dan Shila Amzah untuk lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin/Tinta. Dengar pada suara-suara pendapat peminat di luar sana, ramai yang mengatakan lagu ini cukup kuat untuk dimahkotakan sebagai juara. Mmm… macam-macam pendapat dah kita dengar. Apa-apa pun kena tunggu hari Ahad ini la ya.

Untuk itu, tahniah Budiey ucapkan buat penyanyi Jaclyn Victor kerana kini sudah bernaung di bawah label KRU Music. Pastinya selepas ini, akan ada banyak projek terbaru dan lagu-lagu ciptaan Edry untuk Jaclyn Victor akan dihasilkan. Pada hari ini, Budiey dan media lain dijemput untuk menghadiri satu majlis sidang akhbar untuk mengumumkan tentang berita ini. Nantikan berita lanjut tentang perpindahan Jaclyn Victor, dari 8Unit & Monkey Bone ke KRU Studios.

Selamat maju jaya, Jac. Semoga terus sukses bersama KRU Studios!

jaclyn pix 01

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Persada Aksara

Filem Kerat 14 Lakonan Aaron Aziz & Siti Saleha