in , ,

Tahniah! Dr Idzu Terima Anugerah Pencapaian Tertinggi di Konvokesyen

Tahniah! Dr Idzu terima Anugerah Pencapaian Tertinggi (High Achiever Award -Top in Class) di konvokesyen, ternyata benar umur bukan penghalang!

Penyanyi kumpulan nasyid Saujana yang kini bergelar usahawan berjaya, Dr Idzu Baharin menerima Anugerah Pencapaian Tertinggi (High Achiever Award -Top in Class) pada konvokesyen European International University, Paris cawangan Kuala Lumpur dan International Institute of Wellness & Aesthetic Medicine.

Tahniah! Dr Idzu Terima Anugerah Pencapaian Tertinggi di Konvokesyen

Idzu Baharin, 42, atau nama sebenarnya Khairul Idzwan Baharin dianugerahkan atas kejayaan dan pencapaian dalam bidang Professional Diploma in Advanced Aesthetics, Assured by City & Guilds of London Institute.

Idzu berkata, pada usia sekarang bukan halangan untuk dirinya atau sesiapa saja menuntut ilmu sekali gus memajukan diri dan menjadi inspirasi kepada orang lain.

Tahniah! Dr Idzu Terima Anugerah Pencapaian Tertinggi di Konvokesyen

“Dengan anugerah dan pencapaian diraih ini, saya ingin membukitikan usia bukan penghalang untuk terus menuntut ilmu. Malah generasi muda tidak sepatutnya pernah berhenti belajar atau putus asa walaupun sudah berusia atau sudah berjaya dalam apa peringkat pengajian sekali pun.

“Ilmu ini sangat luas dan kita mesti sentiasa dahagakan ilmu. Jadi, adik-adik atau sesiapa saja mungkin cara pembelajarannya lain sikit dengan adanya media sosial. Tapi jangan anggap ilmu itu sudah tidak penting. Ilmu dan sistem pendidikan masih lagi penting,” katanya.

Tahniah! Dr Idzu Terima Anugerah Pencapaian Tertinggi di Konvokesyen

Menurutnya yang juga pemilik syarikat Cell Tissue Sdn Bhd, teknologi yang ada perlu dimanfaatkan sebaiknya dalam apa juga perkara termasuk pembelajaran.

Tahniah! Dr Idzu Terima Anugerah Pencapaian Tertinggi di Konvokesyen

“Kita perlu menjadikan teknologi yang ada sekarang ini sebagai pelengkap dan bukannya pilihan. Keduanya mesti ada. 

“Pembelajaran secara formal perlu ada dan dalam masa sama penggunaan teknologi juga perlu ada. Kemudian barulah kita boleh tingkatkan taraf diri, pencapaian dan kejayaan,” katanya.

– Dr Idzu Baharin
Tahniah! Dr Idzu Terima Anugerah Pencapaian Tertinggi di Konvokesyen

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAMSUNG

Berapa Lama Jangka Hayat Bateri Samsung Galaxy Z Flip 4 Bertahan?

Amir Jahari & Lydbie

Amir Jahari & Lydbie Bergabung Dalam Single Terbaharu PERNAHKAH