in , ,

Tahniah! DJ Lin Menang Anugerah Penyampai Radio Berpengaruh

Penyampai radio Suria FM, Roslinda Abd Majid atau popular dengan gelaran DJ Lin telah dipilih sebagai penerima anugerah kecemerlangan bagi kategori “Influential Radio Announcer” di majlis Women of Excellence Awards 2021/22 (WOEA2021/22) yang diadakan pada 24 Mac 2022 lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Dikenali menerusi segmen kegemaran ramai, Suria Cinta, DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Besar Suria FM ini teruja dengan anugerah yang diterima dan bersyukur di atas pengiktirafan orang luar terhadap jenama DJ LIN. 

“Anugerah dan pencapaian ini sememangnya tidak ternilai harganya dan tanpa sokongan peminat DJ Lin dan Suria Cinta, tiadalah DJ Lin di sini. Pengiktirafan ini secara tidak langsung menyuntik semangat DJ Lin untuk melakukan yang lebih baik kepada pendengar setia yang mempercayai jenama DJ Lin dan Suria FM.”

Tahniah! Dj Lin Menang Anugerah Penyampai Radio Berpengaruh

Kredibiliti dan populariti DJ Lin selama 23 tahun di dalam industri radio di Malaysia diiktiraf menerusi beberapa anugerah besar yang dimenanginya sebelum ini antaranya Anugerah Sri Angkasa (kategori Penyampai Radio Terbaik) sebanyak tiga kali, Anugerah Penyampai Radio Paling Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak empat kali, Anugerah Kesatria Puteri (Industri Radio) Himpunan Wanita Muda Negara 2012 dan Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai Reader’s Digest Trusted Brands ke-23. Anugerah Penyampai Radio Berpengaruh ini merupakan anugerah ke-10 buat DJ Lin. 

Kekal mendengarkan Suria Cinta setiap hari Ahad hingga Jumaat pada jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi di frekuensi Suria FM atau menerusi aplikasi terbaharu Suria Malaysia.

Ikuti media sosial @djlinsuriacinta dan @suriamalaysia untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai DJ Lin dan Suria FM.  

Tahniah! Dj Lin Menang Anugerah Penyampai Radio Berpengaruh

Majlis anugerah Women of Excellence Awards 2021/22 (WOEA2021/22) ini dianjurkan oleh majalah The CEO Malaysia yang bertujuan untuk merai dan memberi pengiktirafan serta menghargai sumbangan para usahawan wanita terhadap industri, penggunaan teknologi dan pendekatan inovatif dalam menjalankan perniagaan secara mampan sekaligus telah banyak membantu untuk merancakkan pembangunan ekonomi negara. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Masih Malu-Malu Digelar Penyanyi Nombor Satu Malaysia

TRAVEL

Ini Nasihat Perjalanan Penerbangan Antarabangsa Ke/Dari Malaysia