in , ,

Ini Nasihat Perjalanan Penerbangan Antarabangsa Ke/Dari Malaysia

Berikutan pengumuman pembukaan sempadan oleh kerajaan Malaysia, AirAsia ingin menasihatkan para tetamu untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikut untuk pengembara antarabangsa yang memasuki Malaysia:

Sebelum berlepas:

  • Pengembara dikehendaki memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera
    • Lengkapkan borang pra-perlepasan melalui ikon “Traveller”.
    • Muat naik butiran vaksinasi melalui MySejahtera.
    • Pengembara yang telah lengkap divaksinasi akan diberikan “Kad Pengembara Digital” elektronik yang perlu dikemukakan di lapangan terbang semasa mendaftar masuk.
    • Pengembara asing perlu menyatakan alamat penginapan di Malaysia.
    • Pengembara yang berumur 7 tahun dan ke atas dikehendaki menjalani ujian PCR 2 hari sebelum berlepas ke Malaysia dan memuat naik keputusan ujian di MySejahtera.
  • Pengembara berumur 6 tahun ke bawah (berdasarkan tarikh lahir) tidak perlu menjalani ujian pra-perlepasan.
    • Pengembara yang pernah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 6-60 hari sebelum berlepas dikehendaki menjalani ujian RTK-Antigen profesional 2 hari sebelum berlepas.
  • Pengembara tidak perlu memohon MyTravelPass untuk memasuki Malaysia selepas 1 April 2022.
  • Pengembara asing dikehendaki memiliki polisi insurans perjalanan dan COVID-19.
  • Pengembara mesti mematuhi semua protokol kesihatan yang dilaksanakan di Malaysia.
Ini Nasihat Perjalanan AirAsia: Penerbangan Antarabangsa Ke/Dari Malaysia

Semasa ketibaan:

  • Pengembara yang berumur 7 tahun dan ke atas dikehendaki menjalani ujian RTK-Antigen profesional dalam masa 24 jam selepas tiba di Malaysia. 
  • Pengembara berumur 6 tahun ke bawah (berdasarkan tarikh lahir) tidak perlu menjalani ujian semasa ketibaan.
  • Pengembara dikehendaki mendaftar masuk di pintu ketibaan menggunakan MySejahtera.
  • Pengembara yang telah lengkap divaksinasi dan mempunyai keputusan ujian negatif tidak perlu untuk menjalani ujian seterusnya dan kuarantin selepas tiba di Malaysia.

Pengembara yang telah dijangkiti COVID-19:

  • Pengembara mestilah lengkap divaksinasi dan mempunyai bukti jangkitan COVID-19 antara 6 dan 60 hari sebelum berlepas ke Malaysia.
  • Pengembara  juga dikehendaki mengemukakan keputusan ujian positif COVID-19 dalam format bercetak atau digital.
  • Pengembara yang telah dimasukkan ke hospital berikutan COVID-19 perlu menyediakan surat ‘Fit to Travel’ yang dikeluarkan oleh hospital.
  • Pengembara yang tidak dimasukkan ke hospital dikehendaki menjalani ujian RTK-Antigen profesional 2 hari sebelum berlepas dan hanya pengembara dengan ujian negatif dibenarkan memasuki Malaysia.

Untuk nasihat perjalanan bagi pengembara yang memasuki Malaysia dari Singapura, sila klik di sini.

Pengembara dari Malaysia dinasihatkan untuk mengikuti keperluan berikut bagi pengalaman perjalanan yang lancar:

Sebelum berlepas:

  • Pengembara mestilah menyemak sebarang sekatan perjalanan terkini atau keperluan khas di negara yang dilawati, termasuk dokumen kesihatan seperti ujian COVID-19 dan bukti status vaksinasi lengkap.
    • Untuk keperluan perjalanan di negara-negara lain, sila klik di sini.
  • Daftar masuk kendiri di airasia Super App untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan kesesakan di lapangan terbang. Ianya boleh dilakukan dengan mudah seawal 14 hari sebelum tarikh pelepasan.
  • Pengembara digalakkan untuk tiba lebih awal di lapangan terbang.
  • Pengembara dikehendaki memakai pelitup muka sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Kami mengesyorkan pelitup muka 3 lapis biasa atau pelitup muka berganda untuk perlindungan yang lebih baik. Pelitup muka dengan injap terbuka tidak dibenarkan dalam penerbangan AirAsia.
Ini Nasihat Perjalanan AirAsia: Penerbangan Antarabangsa Ke/Dari Malaysia

AirAsia telah memanfaatkan tempoh sekatan perjalanan selama dua tahun lalu untuk menaik taraf dan memperbaharui prosedur penerbangannya demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangannya. Semua penerbangan AirAsia dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal. 

Semua pesawat AirAsia diselenggara sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak pengeluar pesawat. AirAsia juga telah menubuhkan unit penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) dalaman iaitu Asia Digital Engineering yang mampu menyelenggara bukan sahaja pesawat AirAsia tetapi juga pesawat dari syarikat penerbangan lain. Selain itu, semua juruterbang dan kru kabinnya juga diberikan latihan dan kursus penyegaran agar mereka sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik.

AirAsia baru-baru ini telah dianugerahkan tahap tertinggi dalam keselamatan dan integriti operasi dengan pengiktirafan 7/7 daripada pakar penerbangan di airlineratings.com sekali lagi sama seperti pengiktirafan yang dianugerahkan kepada syarikat penerbangan ini pada kemuncak pandemik pada tahun 2020.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! DJ Lin Menang Anugerah Penyampai Radio Berpengaruh

YANA Buka Lebaran Baru Lancar I Need U, Penghargaan Buat Sahabat