in ,

Tahniah! Bekas Pengasuh Siti Aafiyah, Dayah Zubit Kini Hamil Anak Sulung

Bekas pengasuh anak penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza, Dayah Zubit telah berkongsi satu video yang begitu menyentuh hati mengenai kehamilannya kepada suami. Tahniah Dayah!

Dalam sedutan video itu, reaksi suami Dayah gembira bercampur sebak apabila mendapat tahu kehamilan Dayah. Seandainya Aafiyah tahu hal ni, semestinya dia antara yang paling teruja.

“Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada dalam rahimku, sihatkanlah dia. Lindungilah dia & jauhkanlah dia daripda sebarang perkara yg tidak diingini. Sesungguhnya engkaulah yg maha menyembuhkan. Tiada penyembuhan selain penawarMu. 

“Ya Allah, jadikanlah anak dalam kandunganku ini anak yg soleh solehah, sihat sempurna akal fikiran, cerdik, beriman, berakal & beramal soleh. 

“Fasihkan lidahnya untuk membaca AlQuran & hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW & segala puji bagiMu Ya Allah,”

– Dayah Zubit
Tahniah! Bekas Pengasuh Siti Aafiyah, Dayah Zubit Kini Hamil Anak Sulung

Dayah Zubit menyiarkan kata-kata dan doa ini pada ruangan komen bersama hashtag #RHjuniorcomingsoon #doakanyangbaikbaik. 

Dalam perkongsian tersebut, Dayah memaklumkan berita gembira apabila dia kini sedang hamil anak pertama. Perkara tersebut dikongsikan Dayah menerusi IG TV di Instagram yang mana video tersebut antara lain memaparkan momen reaksi si suami yang menyentuh hati sejurus mengetahui akan kehamilannya. 

Mengakui sama menyimpan video tersebut sebagai suatu yang istimewa, Dayah turut menitipkan doa, moga-moga anak yang dikandung berada dalam keadaan baik. 

Dalam perkongsian terbaru Dayah di instagramnya, sedutan video saat tahu dirinya hamil sehinggalah berjaya membuat kejutan ketika hari lahir suaminya benar-benar terkesan.

Posting itu telah mendapat perhatian ramai kerana ramai yang menantikan khabar gembira ini selepas Dayah mendirikan rumah tangga pada 31 Mei lalu. Permulaan video dengan kata-kata “Hi Daddy, See You Next Year..” itu mengambarkan rasa syukur Dayah atas kurniaan Allah ini.

Serentak dengan perkongsian tersebut, ramai yang turut sama gembira termasuk Siti yang menitipkan ucapan tahniah. Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima hampir 200,000 kali tontonan. 

Tahniah! Bekas Pengasuh Siti Aafiyah, Dayah Zubit Kini Hamil Anak Sulung

Dayah sebelum ini menjadi perhatian peminat bintang berkenaan kerana dia antara individu kepercayaan dalam mengasuh anak sulung Siti dan suaminya, Datuk Khalid seawal kelahiran Aafiyah. 

Bagaimanapun, selepas mendirikan rumah tangga, Dayah tidak lagi menjadi pengasuh kerana tinggal bersama dengan suaminya, Mohammad Ridzuan Razali di Terengganu yang merupakan pemain sayap pasukan bola sepak Terengganu FC II. 

Tahniah sekali lagi buat Dayah dan suami. Moga kehamilan berjalan lancar dan proses melahirkan bayi nanti semuanya selamat. Amin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bella Astillah Kehilangan Datuk, Terkilan Tak Dapat Jumpa Buat Kali Terakhir

Sherie Merlis Terkejut Tidak Sangka Ada Yang Bertelingkah Gara-Gara Isu Bantuan KKM