in , ,

Tahniah! Akhirnya Tomok Dapat Anak Perempuan

Lama mengidam puteri, isteri Tomok selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, tengah hari tadi. Tahniah Tomok dan isteri!

Sebelum ini dua anak penyanyi terkenal Tomok iaitu Arrian dan Andra sering sahaja mencuri perhatian ramai masyarakat. Manakan tidak keletah comel dan bijak mereka itu memang mudah membuatkan hati sesiapa sahaja ‘cair’. Namun begitu, baru sebentar tadi Tomok berkongsikan berita gembira dengan kelahiran anak ketiganya. Wah! Tahniah Tomok! Dalam perkongsiannya itu, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail turut mendedahkan wajah bayi perempuannya itu. Comel kan?

Akhirnya Dapat Anak Perempuan, Tomok Kongsi Foto

Selain itu, Tomok turut meluahkan rasa syukur dengan kelahiran tersebut. Difahamkan isterinya, Rahayu Abas selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 1 tengahari 4 Jun 2020 di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Akhirnya Dapat Anak Perempuan, Tomok Kongsi Foto

“Assalamualaikum semua..Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan seorang baby girl hari ni. Alhamdulillah terima kasih ALLAH. Terima kasih semua atas ucapan dan doa buat isteri dan anak saya. Alhamdulillah”

– Tomok

Berkongsi berita gembira itu, Tomok memberitahu, isterinya, Rahayu Abas selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 1 tengah hari. Bayi comel seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara normal.

“Alhamdulillah impian mahukan anak perempuan ini lebih kepada isteri saya… Rezeki menyebelahinya.

“Sebelum ini, kami dikurniakan dua hero. Kali ini, isteri saya ada geng. Bolehlah pakai sedondon nanti,”

– Tomok

Tomok berkata, isteri dan bayi mereka sihat.

Alahai comel betul! Perkongsian Tomok dapat anak perempuan tersebut telah meraih lebih 115 ribu likes. Rata-rata rakan selebriti dan warganet mengucapkan taniah dengan perkhabaran gembira ini. Berikut antara kata-kata yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Tahniah Tom!!! Syukur Alhamdulillah”

Akhirnya Dapat Anak Perempuan, Tomok Kongsi Foto

“Alhamdulillah tahniah Tomok dan Ayu”

Akhirnya Dapat Anak Perempuan, Tomok Kongsi Foto

“Alhamdulillah tahniah Tom. rezeki. Moga jadi anak solehah ye baby. Dipelihara Allah..”

Akhirnya Dapat Anak Perempuan, Tomok Kongsi Foto

“Alhamdulillah. Tahniah Tomok dan keluarga!”

Akhirnya Dapat Anak Perempuan, Tomok Kongsi Foto

Tomok atau nama sebenar, Shah Indrawan Ismail, 35, mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011. Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrian yang berusia lapan tahun dan Andra, lima tahun.

Akhirnya Dapat Anak Perempuan, Tomok Kongsi Foto

Tahniah kepada Tomok dapat anak perempuan! Selain dari Tomok, beberapa selebriti tanah air lain seperti Saharul Ridzwan, Fasha Sandha dan Sari Yanti juga turut sedang menanti kelahiran ahli keluarga baru mereka. Sama-sama kita nantikan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Izzue Islam Lancar Semula Single Lama

Tujuh Ciri Huawei Siri nova 7 Yang Membuatkan Anda Mahu Memilikinya