in , ,

Izzue Islam Lancar Semula Single Lama

Biarpun sibuk dengan tuntutan kerjaya lakonan, namun Izzue Islam, 30, tidak pernah melupakan bidang nyanyian, apatah lagi bersama kumpulan Forteen yang pernah melonjakkan namanya terlebih dahulu.

Sejak membuat keputusan mengundurkan diri dari Forteen, dua tahun lalu, Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan masih aktif menyanyi dan sempat merakamkan dua single, Terimalah Kasihku ciptaan dan lirik oleh Iian dan Pulangku Tak Sama Tanpamu (Armin/Josef Khan).

Dua single berkenaan sudah pun dilancarkan, tahun lalu tetapi kurang sambutan. Jadi, Izzue melancarkannya sekali lagi sempena Aidilfitri ini.

“Perancangan menghasilkan single terbaharu masih ada, tetapi dia perlu menanti selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir.

“Saya juga ingin mencari syarikat label yang berminat untuk berkolaborasi supaya memudahkan daripada sudut promosi dan penghasilan lagu,”

– Izzue Islam

Mengulas bidang perniagaan, Izzue berkata, perniagaan kosmetik jenama Look A Like masih berjalan secara atas talian sepenuhnya sepanjang tempoh PKPB.

“Sambutan diterima tak menghampakan, tetapi saya gagal menyiapkan koleksi kurta 2020 berikutan pakaian yang ditempah tak sempat disiapkan kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya mengusahakan bisnes pakaian, Izzueexclusive yang mana produk utama adalah kurta, sejak 2014 lagi.

Malangnya, kurta tidak sempat disiapkan walaupun kain sudah beli. Jadi, kami hanya sempat menyiapkan baju kurung dan songkok, manakala kurta pula kami habiskan stok, tahun lalu.

“Ramai bertanya mengenai kurta, tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa.

Bagaimanapun, pembeli masih boleh mendapatkan kurta tahun lalu kerana ia mempunyai lima warna berbeza,”

– Izzue Islam

Pelakon Harapan Lelaki, Festival Filem Malaysia Ke-25 pada 2013 itu berkata, dia akan menyertai bazar raya, saban tahun, tetapi menumpukan pada perniagaan secara atas talian, tahun ini.

“Saya turut meletakkan produk di Butik Haqqi di Seksyen 7, Shah Alam. Alhamdulillah, sambutannya menggalakkan,”

– Izzue Islam
Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mingguan Esports MGO Program Khas E-sukan Terbaru di TV9

Tahniah! Akhirnya Tomok Dapat Anak Perempuan