in ,

Tahniah! 7 Anugerah Kategori Utama Milik Media Prima Berhad

Media Prima Berhad menguasai 7 anugerah kategori utama semalam menerusi Majlis Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2020, yang turut dihadiri oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Di kala negara dilanda dengan pandemik Covid-19, para wartawan kita tetap menggalas tanggungjawab berat dalam memastikan seluruh rakyat Malaysia mendapat informasi terkini, berkualiti dan telus tanpa menghirau keselamatan mereka. Usaha mereka berbaloi apabila meraih anugerah yang tidak pernah diimpikan.

Pemenang-Pemenang Anugerah Mpi-Petronas 2020 Bersama Yab Perdana Menteri

7 kategori yang dimenangi Media Prima Berhad ini termasuklah pemenang emas, Kategori Wartawan Muda A Samad Ismail yang menjadi milik Wan Zairul Azri Bin Wan Mohammad Sudin dari TV3 dengan laporan menarik bertajuk Dilema Haji, Krisis Negeri Bawah Bayu, Covid-19 : Kita Pasti Menang (link).Kemenangan ini turut melayakkan beliau menerima hadiah kemenangan RM 5,000 beserta sijil dan trofi.

Anugerah Media Msosh 2021 (Nur Wanah Kiramli)

Menurut Wan Zairul Azri bin Wan Mohammad Sudin, “Ini merupakan kemenangan pertama saya selama lapan tahun terlibat dalam bidang kewartawanan. Saya tak sangka terpilih sebagai pemenang. Pengalaman yang ditimba masih tidak cukup dan banyak lagi yang perlu dipelajari. Saya bersyukur dengan pengiktirafan ini dan akan berusaha untuk memberikan informasi-informasi yang lebih berkualiti. Terima kasih kepada pihak penganjur terutamanya keluarga besar Media Prima Berhad kerana memberi kepercayaan dan sokongan kepada saya.”

Kemenangan ini juga berpihak kepada produksi Majalah 3 apabila mereka berjaya meraih emas bagi Kategori Dokumentari Video Terbaik yang berjudul Benteng Biru Hijau (klik link). Menurut Penerbit Eksekutif Majalah 3, Gan Bock Khim, “Kejayaan kali ini merupakan pengiktirafan industri media Malaysia kepada corak dan penceritaan program Majalah 3 yang sinonim dengan kisah wira- wira tidak didendang dan dihayati oleh pelbagai golongan masyarakat. Majalah 3 akur kejayaan ini hanya dapat dikecapi dengan sokongan padu daripada semua pihak  terutama pihak 

pengurusan Media Prima Berhad dan teknikal seperti juru kamera, juru teknik dan juru lampu. Ini merupakan kejayaan berpasukan khasnya buat Media Prima Berhad.”

Kemenangan ini turut melayakkan mereka membawa pulang RM 10,000 sijil dan trofi. Pasukan penerbitan Majalah 3 diketuai oleh Penerbit Eksekutif, Gan Bock Khim, Penerbit Christine Lee Mei Chin, Jurukamera Mohd Hasani Bin Yamin dan Mohd Hairul Izuan Aminuddin serta Juruteknik, Sivasangaran A/L Gopal.

Kategori Dokumentari Video Terbaik (Gan Bock Khim _ Christine Lee)

Selain itu, Harian Metro dan New Straits Times turut memenangi Kategori Laporan Berita Cemerlang dan Penulisan Rencana Cemerlang sementara Berita Harian memenangi Kategori Desain Halaman Pertama Terbaik. Selain dua kategori yang dimenangi Harian Metro, New Straits Times juga memenangi Kategori Laporan Berita Cemerlang dan Penulisan Rencana Cemerlang manakala Berita Harian memenangi Kategori Desain Halaman Pertama Terbaik.

Nur Wanah Kiramli dari TV3 juga turut memenangi Anugerah Media MSOSH 2021 menerusi tajuk Rantaian Survival yang diumumkan pada 26 November lalu. Anugerah ini merupakan anjuran bersama The Malaysia Society for Occupational Safety & Health (MSOSH) dan Malaysia Press Institute (MPI).

Berikut adalah senarai terperinci 7 anugerah yang diungguli oleh Media Prima Berhad.

Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail – Cetak & TV

Organisasi : TV3

Nama Pemenang: Wan Zairul Azri Bin Wan Mohammad Sudin

Tajuk : Dilema Haji, Krisis Negeri Bawah Bayu, Covid-19 : Kita pasti menang 

(link)

Hadiah : Pemenang Emas, RM 5,000 + Sijil + Trofi

Kategori Dokumentari Video Terbaik

Organisasi : TV3

Nama Pemenang: Gan Bock Khim, Christine Lee Mei Chin, Mohd Hairul Izuan Bin Aminuddin, 

Mohd Hasani Bin Yamin, Sivasangaran A/L Gopal

Tajuk : Benteng Biru Hijau (link)

Hadiah : Pemenang Emas, RM 10,000 + Sijil + Trofi

Kategori Infografik Terbaik

Organisasi : Harian Metro

Nama pemenang: Shahrul Zaman Bin Mohd Zain,

Nor Salim Bin Mohamed Dawam

Tajuk : Arang Gred Terbaik (link)

Hadiah : Pemenang Emas, RM 10,000

Kategori Desain Halaman Pertama Terbaik

Organisasi : Berita Harian

Nama Pemenang: Muhamad Shahrul Nizam Bin Manshor

Tajuk : Ingkar boleh dipenjara, COVID-19, KKM tingkat usaha perangi COVID-19 

(link)

Hadiah : Pemenang Emas, RM 10,000

Kategori Kewartawanan Foto Cemerlang

Organisasi : Harian Metro

Nama Pemenang: Mohd Aswadi Bin Alias

Tajuk : Lelah Terbalas (link)

Hadiah : Pemenang Emas, RM 10,000 + Sijil + Trofi

Kategori Penulisan Rencana Cemerlang

Organisasi : New Straits Times

Nama Pemenang: Elena Simala Kosh

Tajuk : The reluctant hero, Lasting legacy, A saga of memories (link)

Hadiah : Pemenang Emas, RM 10,000 + Sijil + Trofi

Kategori Laporan Berita Cemerlang

Organisasi : New Straits Times

Nama Pemenang: Alagesh A/L Theruvarul Nathan

Tajuk : Teacher Sam’vying for global gloryTeacher Sam’ vying for global glory (link)

Hadiah : Pemenang Emas, RM 10,000 + Sijil + Trofi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sajat 2020 | 16

Mahkamah Arah Harta Sajat Disita, Dilelong

Fesyen Travel Trending | 17

Pengalaman Program Hos Komuniti Selangor Bakal Memenuhi Dua Hari Anda!