SYTYCD: BERAKHIR SUDAH PERJUANGAN BILLY DAN VIVIAN

SYTYCD: BERAKHIR SUDAH PERJUANGAN BILLY DAN VIVIAN

Berakhir sudah perjuangan  Billy dan Vivian di dalam gelanggang tarian So You Think You Can Dance Malaysia (musim kedua) yang bersiaran  secara langsung buat pertama kalinya pada 5 Jun jam 9.30 malam.

Bersiaran secara langsung dari Ruums (KL Life Centre), para peserta Top 20 (10 lelaki, 10 perempuan) telah mempersembahkan rutin tarian masing-masing di hadapan para penonton di secara langsung dan juga di rumah. Walaupun ini adalah pertama kali para peserta menari secara langsung,  hampir kesemua para peserta telah berjaya memukau para juri dengan kehebatan kemahiran  tarian masing-masing.

Namun, kegembiraan itu nyata tidak berpanjangan buat empat peserta termasuklah Billy, Napi, Vivian dan juga Zen  yang berjaya memukau perhatian para juri dan telah diletakkan di dalam senarai empat peserta paling lemah. Ini telah mendesak para penonton untuk memilih seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan yang dirasakan perlu meneruskan perjuangan mereka di dalam pertandingan ini.

Nyata keputusan tidak berpihak kepada Billy (22) dan Vivian (25) apabila rakyat Malaysia telah bersepakat untuk mengundi mereka keluar dari pertandingan ini.

Billy, pelajar rekaan dalaman dari One Academy nyata terkejut dengan keputusan ini kerana ternyata persembahan beliau sebelum itu mendapat sorakan gemuruh dari para penonton.

Nyata masih terkejut dan bersedih di atas keputusan ini, Billy berkata, “Sungguh saya tidak menyangka bahawa saya akan meninggalkan pertandingan seawal ini. Walaupun begitu, saya tetap berbangga kerana saya telah mencuba sedaya upaya untuk membuat persembahan yang terbaik pada malam ini. Mungkin kualiti persembahan saya tidak setaraf dengan para peserta yang lain.”

Billy juga berpendapat bahawa komen juri yang mengatakan beliau tidak menunjukkan emosi yang selari dengan persembahan tariannya telah mempengaruhi undian para penonton sehingga menyebabakannya terkeluar. Walau bagaimanapun, Billy sangat menghargai semua pengalaman yang dikutip semasa perjalanannya di dalam pertandingan ini dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyokong dan pengundinya.

Vivian, 25, bekas gimnas negara yang juga dikenali sebagai Viv turut pasrah dengan keputusan pada malam semalam. Viv yang tidak berjaya melepasi ke Top 20 pada tahun lepas telah melipatgandakan usahanya pada tahun ini demi memastikan dirinya layak ke Top 20 pada tahun ini.

Walaupun bersedih dengan keputusan ini, Vivian masih lagi berbangga dengan dirinya kerana berjaya melangkah sejauh ini di dalam pertandingan So You Think You Can Dance (musim kedua).

‘Saya sudah pun mencuba yang terbaik dan berusaha sedaya-upaya untuk sampai ke peringkat ini. Saya berasa sangat sedih akan keputusan ini yang mengkehendaki saya  meninggalkan pertandingan ini pada malam ini tetapi saya masih berbangga dengan pencapaian saya setakat ini”.

Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan Kumpulan, Pemasaran dan Komunikasi di 8TV, Cik Lam Swee Kim berkata,

“Adalah saat paling menyukarkan untuk melihat seseorang yang sangat berbakat disingkirkan di dalam pertandingan ini. Walau bagaimanpun, ini adalah adat rancangan  realiti apabila kuasa mengundi terletak di tangan para penonton kerana hanya mereka yang mampu menentukan nasib para peserta di dalam pertandingan ini. Oleh itu, para penonton haruslah membuat pilihan secara bijak.”

Di sebalik drama sedih yang berlaku, dua peserta telah melakukan sebuah persembahan yang sangat mengagumkan. Ray dan Cecilia yang mempersembahkan tema tari ‘ballroom mambo’ dengan lagu Mercy dari Duffy menerima sorakan dan sokongan  paling gemuruh daripada para penonton.

Pada minggu hadapan, penari-penari akan memilih sendiri jenis tarian yang perlu dipersembahkan secara rawak. Banyak lagi drama dan persembahan memukau yang akan ditonjolkan oleh para penari dalam memenangi hati para juri dan juga penonton-penonton.

Para juri akan memilih empat individu atau peserta yang paling lemah dan mereka akan diberikan peluang kedua untuk mempersembahkan tarian solo untuk meyakinkan para pengundi untuk mengundi mereka agar tidak diundi keluar. Seorang peserta lelaki dan seorang peserta wanita akan dikeluarkan dengan undian yang paling rendah setiap minggu.

Untuk mengundi peserta kegemaran anda, para penonton bolehlah menghantar undi SMS mereka menaip VOTE <ruang> CONTESTANT NUMBER atau UNDI <ruang> NOMBOR PESERTA ke nombor 33399. Untuk mengetahui nombor peserta yang akan diundi, para penonton hendaklah menonton episod  mingguan setiap minggu untuk mengetahuinya dan ianya akan diberitahu semasa siaran langsung.

Para juri yang berpengalaman mengadili musim lepas kembali memenuhi tempat duduk juri musim kedua ini. Ini adalah tidak lain tidak bukan, pengarah dan koreographer Pat Ibrahim yang dikenali ramai berikutan kejayaan teater muzikal Puteri Gunung Ledang; Ramli Ibrahim, ikon besar yang dikenali dan dikagumi ramai dalam bidang seni tarian yang sekarang sedang sibuk mengarahkan sebuah seni persembahan tarian klasikal  berjudul Stirring Odissi  yang berasal dari Tenggara India.

Bersama-sama mereka ialah Judimar Hernandez, seorang guru tari dan koreografer di Performing Arts Department di Sekolah Sri Cempaka, Kuala Lumpur.  Judimar telah banyak melibatkan diri dalam persembahan muzikal dalam dan luar negara seprti Venezuela, Brazil, Colombia, Spain,Singapura dan banyak lagi.  Beliau juga telah banyak memenangi banyak anugerah termasuk Malaysian Boh Cameronian Arts Awards pada 2002.

Untuk menyemarakkan lagi program ini, kami di 8TV berkongsi keseronokan bersama dengan memberikan tiket-tiket eksklusif dalam membolehkan mereka menonton program ini secara langsung di Ruums. Untuk mendapatkan tiket-tiket eksklusif ini, mereka boleh lawati laman web rasmi 8tv, www.8tv.com.my/sytycd ataupun mendengar pengumuman  di Fly FM dan juga 8TV Quickie untuk perkembangan terkini mengenai siri realiti ini.

Selain dari itu, bagi mereka yang ingin menonton pertandingan ini secara langsung di Ruums, Live Centre, Kuala Lumpur, bolehlah mendapatkan tiket di balai pengawal Sri Pentas, Bandar Utama pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, dari 9 pagi hingga 6 petang. Tiket – tiket adalah terhad.

Selama dua tahun berturut-turut, Tranz daripada Poh Kong sekali lagi menjadi penaja utama So You Think You Can Dance. Bersama mereka kali ini buat julung-julung kalinya, Ribena dan Energizer memberikan sokongan terhadap program realiti tarian ini.  Fly FM sekali lagi dilantik sebagai radio rasmi untuk 2 tahun berturut-turut. Manakala, Snips turut turun padang mencantikkan lagi kemunculan para peserta.

So You Think You Can Dance diterbitkan dan diarah oleh Sunil Kumar dan diacarakan oleh si cantik manis, Aishah Sinclair.

Jangan lupa saksikan 18 lagi orang penari bakal berentap dalam memperjuangkan nasib mereka di dalam So You Think You Can Dance (musim kedua) pada Khamis depan, jam 9.30 malam secara langsung dari Ruums at Live Centre, Kuala Lumpur.

Terlepas salah satu episod siri ini? Jangan risau, kerana kami di 8TV akan menayangkan ulangan episod persembahan setiap Isnin, jam 11.00pagi atau secara alternatif dengan melayari laman web rasmi www.8tvcom.my  untuk menyaksikan episod eksklusif yang tidak ditayangkan di televisyen. 8TV juga oleh ditonton menerusi saluran 708 di Astro.

[tags]so you think you can dance, ruums, 8tv, tranz, billy, how to dance, salsa, dancing course, vivian[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Dendam Lakonan Rima Melati Adam, Aliff Remaja

Gambar Sekitar Penggambaran Filem Gentayangan Datangku Dijemput