in

SYOK Ramadan Menampilkan Pengisian Menarik Untuk Menemani Ramadan Anda

Nikmati pengisian-pengisian SYOK Ramadan termasuk Hikmah dari 24 April di aplikasi SYOK

Mengenai ‘Hikmah’
Sepanjang bulan Ramadan, muslimin dan muslimah boleh menghayati kisah-kisah Nabi dan Rasul dengan siri Hikmah, SYOKcast (podcast) terbaharu sepanjang Ramadan, eksklusif di aplikasi dan laman web SYOK.

Hikmah menampilkan keindahan kisah-kisah Nabi dan para sahabatnya dalam menyusuri ranjau dan duri memperjuangkan dakwah Islam menerusi pengalaman audio.  

Siri SYOKcast santai ini bertujuan menjadi ‘teman Ramadan’ kepada masyarakat Muslim dengan kisah-kisah teladan yang pastinya memberi pengajaran dan menggamit hati. Selain itu, siri bermanfaat ini dapat menanamkan keazaman untuk sentiasa memperbaiki diri, meluruskan niat serta menguatkan tekad agar menjadi Muslim yang diberkati di dunia dan di akhirat. 

Hikmah terdiri daripada sepuluh episod yang akan disediakan dari 24 April 2020. Tarikh-tarikh episod selanjutnya dinyatakan dalam jadual dibawah. 

Ditulis oleh Rosie Haslinda Nasir, penulis buku dan Hakimi As’ari, pakar industri komunikasi dan video, Hikmah juga akan disuarakan oleh personaliti-personaliti AWANI dan Astro Radio.(Nota: Sila rujuk lampiran untuk profil-profil penulis Hikmah)
‘Puasa Sana Sini’ dan ‘Zon Solat’ di SYOK
Imej_Hikmah

Sebagai tambahan pada bulan Ramadan, masyarakat Muslim boleh juga menikmati:

Video ‘Puasa Sana Sini’

  • Ikuti perjalanan sahabat-sahabat Muslim di Malaysia dan luar negara dalam menjalani keindahan ibadah berpuasa dalam situasi mencabar seperti wabak COVID-19. 
  • Siri ‘Puasa Sana Sini’ terdiri daripada tiga episod yang menceritakan perjalanan berpuasa daripada pelajar-pelajar di Malaysia dan rakyat Malaysia yang berada di luar negara ketika seluruh negara sedang dilanda ujian. 
  • Episod-episod ‘Puasa Sana Sini’ boleh ditonton setiap Jumaat bermula 1 Mei di aplikasi dan laman web SYOK.
Logo_SYOK

Zon Solat

  • Untuk panduan waktu solat dan membantu pengguna mencari arah kiblat, peminat-peminat SYOK boleh menerokai fungsi ‘Zon Solat’. Fungsi ini dapat diaktifkan dan dinyahaktifkan dengan mudah di aplikasi SYOK. 
Imej_Zon Solat
Imej_Rosie Nasir
Sinopsis ‘Hikmah’
EPISOD SINOPSIS & MAKLUMAT LANJUT
Episod 1: Kisah Pemuda dengan Dua Ekor Khinzir Tahukah kalian, Nabi Musa merupakan satu-satunya Nabi yang boleh bercakap dan berbicara terus dengan Allah SWT? Setiap kali hendak bermunajat, Nabi Musa akan menuju ke Bukit Tursina. Di situlah dia akan berbicara dengan Allah SWT.

Nabi Musa sering bertanya pelbagai persoalan dan istimewanya, Allah SWT akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Maka tersebutlah kisah, pada suatu hari, Nabi Musa telah bertanya kepada Allah SWT: “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran denganku?” Maka bermulalah perjalanan Nabi Musa untuk mencari pemuda ini… Dengar di aplikasi SYOK bermula 24 April, 9 malam.
Episod 2: Rasulullah S.A.W. dan Pengemis Yahudi ButaDi sebuah sudut pasar Madinah Al-Munawarah, duduk seorang pengemis Yahudi yang buta. Hari demi hari, apabila ada saja orang yang mendekati atau berpapasan dengannya, dia pasti akan berkata: “Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad! Dia itu orang gila. Dia itu pembohong. Dia itu tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya, pasti kalian akan terpengaruh dengannya.” Begitulah, galak sekali si pengemis Yahudi yang buta itu menyebarkan kempen kempennya yang berlumur kebencian. Rasulullah SAW meneruskan rutin menyuapkan makanan itu tanpa jemu. Jauh sekali merungut. Sehinggalah akhirnya, Nabi Muhammad SAW wafat dan kembali ke pangkuan Allah SWT. Ya, sesudah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang setia membawakan makanan kepada pengemis Yahudi yang buta itu. Sehinggalah terjadi pada suatu hari, Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha…. Dengar di aplikasi SYOK bermula 30 April, 9 malam.
Episod 3: Kisah Nabi Ibrahim A.S. dan Patung BerhalaNabi Ibrahim a.s. merupakan nabi yang sangat penting dalam agama Islam, dan juga agama lain seperti Kristian dan Yahudi. Beliau telah diberi gelaran Khalil Ullah, atau Sahabat Allah. Selain itu beliau bersama anaknya nabi Ismail a.s. terkenal sebagai pengasas Kaabah.  Sebelum dilahirkan ke dunia, bumi yang menjadi tanah tumpah darah kelahirannya berada dalam kucar-kacir. Hal ini terjadi kerana Raja Namrud yang zalim itu memperoleh petanda, bahawa ada seorang bayi akan dilahirkan dalam kerajaan Babylon. Berita yang sampai ke pendengaran Raja Namrud membuatnya resah dan ketakutan.Tanpa berlengah lagi, Raja Namrud mengarahkan semua bayi yang dilahirkan di “Faddam A’ram” dibunuh, ditamatkan riwayatnya. Namun, apabila Allah SWT berkehendakkan sesuatu, maka ia pasti terjadi jua. Dengar di aplikasi SYOK bermula 7 Mei, 9 malam.
Episod 4: Kisah Nabi Ibrahim Dibakar Hidup-HidupBagaimana Raja Namrud telah membuat keputusan lalu menitahkan supaya Nabi Ibrahim a.s dibakar hidup-hidup kerana memusnahkan patung-patung berhala mereka.  Jadi, tahukah kalian, apa yang terjadi selepas itu? Bagaimanakah keadaan Nabi Ibrahim a.s apabila dicampak hidup-hidup ke dalam api yang besar dan marak menyala? Ayuh kita dengarkan bahagian kedua, KISAH NABI IBRAHIM DIBAKAR HIDUP-HIDUP. Dengar di aplikasi SYOK bermula 14 Mei, 9 malam.
Episod 5: Kisah Nabi Sulaiman dan SemutTersebutlah satu kisah di suatu waktu, kerajaan Nabi Sulaiman a.s sedang mengalami musim kering yang amat panjang. Tanah menjadi gersang dan kering-kontang. Pokokpokok layu menyembah bumi. Bunga-bunga terkulai kehilangan bau dan warna. Air di sumur tiada lagi dapat dilihat. Ikan-ikan tecungap lantas mati bergelimpangan. Tanah tempat berpijak merekah, retak terbelah-belah.  Ya. Sudah lama hujan tidak lagi turun membasahi bumi. Kemarau terjadi di mana-mana.  Baginda Nabi Sulaiman a.s mulai didatangi oleh umatnya untuk meminta pertolongan. Mereka meminta agar baginda memohon kepada Allah SWT supaya menurunkan hujan. Lalu Nabi Sulaiman a.s segera memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri daripada bangsa jin dan manusia, berhimpun beramai-ramai di sebuah kawasan terbuka, untuk sama-sama berdoa, memohon kepada Allah SWT agar musim kering berakhir dan hujan segera turun…. Dengar di aplikasi SYOK bermula 17 Mei, 9 malam.
Episod 6: Dengar di aplikasi SYOK bermula 18 Mei, 9 malam.
Episod 7: Dengar di aplikasi SYOK bermula 19 Mei, 9 malam.
Episod 8:Dengar di aplikasi SYOK bermula 21 Mei, 9 malam.
Episod 9:Dengar di aplikasi SYOK bermula 22 Mei, 9 malam.
Episod 10:Dengar di aplikasi SYOK bermula 23 Mei, 9 malam.
Imej_Hakimi

What do you think?

84 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Buttonscarves X Elfira Loy Satukan Dua Rumpun, Gaya Muslimah Modest

STAY HOME: Projek Khas Penduduk Singapura Untuk Tetap Di Rumah