in , ,

Syifa Melvin Menangis Safawi Rasid ke Portugal

DOA dan harapan rakyat Malaysia sentiasa mengiring bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid yang telah berlepas ke Portugal malam tadi bagi menyertai Liga Premier bersama kelab Portimonense SC.

Anak jati Dungun, Terengganu ini meluahkan rasa syukur dan ucapan terima kasih kepada pemilik Kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan serta semua yang menyokongnya selama ini.

“Thank you for all the memories. I will miss JDT family dan semua penyokong. Junjung kasih tuanku,” tulisnya menerusi instagrammya @safawirasid29.

– Safawi Rasid

Safawi Rasid Dari Dungun Ke Portugal

Perjuangan Safawi untuk mengharumkan nama negara di sana turut diiringi kata-kata semangat daripada rakan-rakan pemain bola sepak dan para selebriti di ruangan komen.

Antaranya  ialah Khairul Fahmi Che Mat, Izham Tarmizi, Akhyar Rashid, Uyaina Arshad, Lia Natalia, Radin Era dan ramai lagi. 

Safawi akan muncul sebagai pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas penyerang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium Ogos lalu.

Semoga Safawi terus sukses, segalanya dipermudahkan dan terus mengharumkan nama negara.

Doa keluarga, peminat dan rakyat Malaysia sentiasa mengiringimu. Good luck Pawi! 

Syifa Melvin Menangis Safawi Rasid ke Portugal

Syifa Melvin beri sokongan Safawi ke Portugal

Penghijrahan tonggak sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid ke Portugal bagi menyertai kelab utama Liga Premier, Portimonense SC bukan sahaja ditangisi keluarga dan penyokongnya, tapi juga pelakon dan ahli pernigaan, Syifa Melvin.

Safawi yang juga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berlepas ke Portugal malam tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story pelakon, Lia Natalia yang juga rakan Syifa, adik kepada Syatilla Melvin itu berkata, dia sudah lepaskan kesedihan di rumah.

Video itu juga dimuat naik semula di Instagram Story Syifa.

“Okay, dah nangis tadi. Dah lepas di rumah,” katanya.

Dalam video lain, Lia turut menulis kapsyan ‘Aku tahu kawan aku kuat’ dan dimuat naik semula Syifa.

Lia turut memuat naik gambar mereka bersama Safawi dengan keterangan;

“All the best permata negara Safawi Rasid,” tulisnya.

Terdahulu, Syifa dikatakan menjalin hubungan dengan pemain berusia 23 tahun itu, namun tidak ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua belah pihak.

Penghijrahan Safwi ke sana adalah secara pinjaman selama semusim dengan kelab utama Portugal itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kes Baru Covid-19 Paling Tinggi Dicatatkan, 432 Kes, Jangan Panik!

tony fernandes airasia-2020

Gara-Gara Pandemik COVID-19, AirAsia Japan Hentikan Operasi