in ,

Kes Baru Covid-19 Paling Tinggi Dicatatkan, 432 Kes, Jangan Panik!

Kes Baru Covid-19 Paling Tinggi Dicatatkan, Bersediakah Kita?

Menerusi platfom Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), memaklumkan bahawa kes baharu Covid-19 bagi hari ini mencatatkan sebanyak 432 kes. Kes Covid-19 hari ini mencatatkan sebanyak 432 kes, 4 kes melibatkan kes import dan selebihnya merupakan kes tempatan. Hari ini tiada kematian direkodkan dan jumlah kes aktif Covid-19 terkini mencatatkan sebanyak 2,336 kes.

Kedah dan Sabah terus merekodkan jumlah kes positif COVID-19 tertinggi hari ini. Kedah mencatatkan kes tertinggi iaitu 241 kes diikuti Sabah 130 kes dan Selangor 34 kes. Kedah turut merekodkan satu kluster baharu iaitu Kluster Jeram yang dikenal pasti di Kubang Pasu.

Kes Baru Covid-19 Paling Tinggi Dicatatkan

Negeri-negeri lain seperti Terengganu, Labuan, Putrajaya, Perak, Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Sarawak mencatatkan lima kes kebawah. Manakala negeri Perlis dan Pulau Pinang tiada kes direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika berkongsi data kes di setiap negeri menerusi Twitter memaklumkan Kedah merekodkan tambahan 241 kes baru COVID-19 hari ini, sementara Sabah 130 kes positif manakala Selangor dengan 34 kes baru.

Negeri lain merekodkan kurang dari lima kes iaitu tujuh kes di Kuala Lumpur; Terengganu (lima); Labuan (empat); Putrajaya, Johor dan Perak (dua kes) dan masing-masing satu kes di Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan.

Kes Baru Covid-19 Paling Tinggi Dicatatkan

Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 432 kes baru COVID-19 dicatatkan hari ini, sekali gus menjadikannya angka paling tinggi pernah dicatat sejak wabak itu melanda Malaysia.

Jumlah kes tertinggi hari ini adalah dari Kluster Tembok iaitu sebanyak 224 kes dicatatkan.

Enam daerah berada di zon merah manakala 44 daerah berada dalam zon kuning dan selebihnya berada dalam zon hijau.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Staff Mac City Store di 1 Utama Positif Covid-19, Kini Ditutup Untuk Proses Sanitasi

Syifa Melvin Menangis Safawi Rasid ke Portugal