in , ,

Trending! Syed Saddiq Didapati Bersalah Atas Empat Pertuduhan

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini didapati bersalah di atas empat tuduhan iaitu melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Keputusan itu dibuat hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Mengikut kertas pertuduhan Bekas Menteri Belia dan Sukan itu didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana Armada berjumlah RM1 juta.

Untuk pertuduhan kedua, beliau didakwa menyalahgunakan wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang terbabit.

Selain itu, Syed Saddiq dituduh melibatkan diri dalam pengubahan wang haram melibatkan pemindahan wang bernilai RM50,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya.

Kredit: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazley Yaakob Nafi Khabar Angin Berselisih Faham Dengan Imran Ajmain

ITALI

Minggu Dunia Masakan Itali Edisi Ke-8 Tahun 2023 Kini Dianjur di Malaysia